Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Bahaya! Anda Patut Berhenti Guna 9 Bahan Ini Untuk Bersihkan Skrin Telefon Pintar

by Puteri Alia
June 29, 2021
Foto - First Cry Parenting

Foto - First Cry Parenting

47
KONGSIAN
Share on Facebook

Biasanya kalau nak bersihkan telefon pintar kita akan menggunakan kain mikrofiber bersih yang kemudian dicelupkan dengan sedikit air bersih, lalu barulah dilapkan pada skrin telefon pintar yang penuh dengan debu, minyak dan cap jari.

Tapi tahukah kamu bahawa terdapat beberapa benda yang tidak boleh digunakan untuk membersihkan skrin telefon pintar, jika digunakan juga silap hari bulan skrin tersebut boleh rosak!

#1 Cuka

Jangan terkejut ada sesetengah orang membersihkan skrin telefon pintar dengan menggunakan cuka, tapi tahu tak larutan cuka mengandungi oleophobic yang boleh menyebabkan skrin telefon pintar terhakis jadi elakkan besihkan skrin dengan menggunakan air cuka.

Foto – Altinify

#2 Sabun Dan Bahan Pencuci

Menggunakan air sabun bagi membersihkan skrin telefon hanya akan membuatkan komponen dalaman telefon pintar menjadi cepat rosak, jadi elakkan dari menggunakan air sabun untuk bersihkan skrin telefon kamu.

Foto – iStock

#3 Tisu Basah

Yang ini rasanya ramai buat, tapi tahu tak menggunakan tisu basah juga boleh merosakkan skrin telefon pintar kerana sebahagian tisu basah mempunyai alkohol dan tidak sesuai untuk digunakan bagi membersihkan skrin telefon.

Foto – India Mart

#4 Alkohol

Bukan semua benda boleh digunakan bagi tujuan pembersihan dan alkohol dikategorikan tidak sesuai untuk membersihkan skrin telefon pintar kerana ia boleh menghakis skirn dengan cepat.

Foto – Delta Trak

#5 Kertas Tisu Dapur

Mungkin ramai menganggap kertas tisu dapur sesuai untuk mengelap kesan minyak dan cap jari yang terdapat pada skrin telefon, tapi kertas dapur sebenarnya tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan skrin telefon pintar menjadi calar-balar.

Foto – Made-In-China

#6 Aneka Cecair Pembersih

Begitu juga dengan pelbagai jenis cecair pencuci, ianya boleh merosakkan skrin telefon jika digunakan bagi membersihkan skrin telefon pintar.

Foto – Earth911

#7 Penyembur Udara

Ya, penggunaan penyembur udara juga tidak sesuai digunkan bagi membersihkan skrin telefon kerana tekanan udara yang tinggi boleh merosakkan komponen dan sensitiviti skrin telefon pintar.

Foto – Fear Free Happy Homes

#8 Pembersih Kaca

Apa jenis pembersih kaca memang tidak bagus digunakan bagi tujuan pembersihan skrin telefon, kerana ia boleh membuatkan skrin telefon terhakis.

Foto – Exporters India

#9 Pembersih Mekap

Sama juga dengan pembersih mekap, jangan pula dek sebab nak menyenangkan kamu guna juga untuk bersihkan skrin, kerana ia boleh menyebabkan komponen dalaman dan skrin telefon pintar rosak tanpa kamu sedari.

Foto – Pinterest

Jadi hati-hati jika nak bersihkan skrin telefon, cukup guna kain mikrofiber dan dicelupkan dengan air bersih sudah memadai untuk bersihkan skrin telefon kesayangan masing-masing.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Skrintelefon pintar
https://lomp.at/exza5
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem