Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Jadi Macam Ni Baru Nak Mengelabah”- Fiz Fairuz Mahu Rakyat Lebih Bersyukur

by Soph Azz
June 29, 2021
Foto - Wilayahku

Foto - Wilayahku

26
KONGSIAN
Share on Facebook

Berdasarkan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) semalam, pelakon Datuk Fizz Fairuz menasihati orang ramai agar bersyukur dengan bantuan yang diberikan.

Kerajaan Bagi Bantuan, Bukan Gaji 

Menerusi story Instagram pelakon itu, dia mengharapkan orang ramai untuk bersyukur dengan bantuan yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Katanya bantuan tersebut bermaksud untuk meringankan sebahagian beban rakyat dan bukannya secara keseluruhan.

Foto – Harian Metro / @fizzfairuzofficial (Instagram)

“Dah bagi bantuan banyak pula yang berbunyi itu ini. Tak bersyukur. Bagi RM500 kau nak kira sampai semua bil kau nak bayar memang taklah. Ini bantuan bukan gaji. Agak-agaklah”, kongsinya.

Tambahnya lagi orang ramai perlu bijak menggunakan bantuan itu dengan sebaiknya. Pada masa yang sama, penerima bantuan tidak perlu membuat rungutan kerana jumlahnya tidak dapat menjelaskan sebahagian besar bebanan mereka seperti sewa kedai atau rumah, kereta dan sebagainya.

Foto – Kosmo

Akaun KWSP Sangat Penting 

Dedah Datuk Fizz Fairuz, setiap individu yang bekerja sama ada secara persendirian atau pun tidak, penting untuk mereka memiliki akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tujuannya adalah untuk membuat caruman bagi setiap bulan.

Foto – @fizzfairuzofficial (Instagram)

“KWSP tu mana yang kerja, kau tak ambil caruman KWSP itu masalah kau lah. Siapa suruh tak ambik KWSP?

Benda boleh ambil personal kenapa tak buat awal-awal, jadi macam ini baru nak menggelabah”, tulisnya di story Instagram.

Dengan adanya sedikit simpanan dalam KWSP, ia boleh membantu kewangan mereka yang terjejas terutamanya dalam situasi sekarang.

Foto – MStar

Tambah suami kepada pelakon Almy Nadia ini juga berkata, setiap individu perlu sedar akan pentingnya akaun KWSP ini terutamanya bagi mereka yang kerja secara bersendirian.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Datuk Fizz FairuzPakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)Wang KWSP
https://lomp.at/n2g82
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem