Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

3 Bukti Zarina Anjoulie Ditahan Polis Kerana Ambil Dadah Yang Dibongkarkan Oleh Netizen

by Zaidin Albert
June 30, 2021
1.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, tersebarnya berita mengenai penahanan seorang selebriti wanita kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine. Dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, identiti selebriti itu tidak didedahkan. Namun netizen berjaya membongkarkanya melalui beberapa informasi yang dikongsikan dalam siaran media tersebut.

Menerusi laman sembang hiburan forum di Cari.my, rata-rata netizen dapat meneka selebriti tersebut adalah pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie.

Berikut 3 perkara yang telah dirungkai oleh netizen yang membuktikan Zarina Anjoulie atau Anju ditahan polis.

Berusia 34 Tahun

Menurut ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata artis itu berusia 34 tahun. Netizen mendedahkan bahawa di laman Wikipedia, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul dilahirkan 9 September 1987. Tahun ini dia berusia 34 tahun.

Restoran Milik Ibu Anju di Kampung Chalet Nilai

Dalam kejadian tersebut, pihak polis menahan artis wanita itu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, di sini, pada jam 9.15 malam. Rata-rata netizen mengetahui bahawa Anju sememangnya tinggal di Nilai, Negeri Sembilan.

Ibu kepada Anju, Norzaini Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Aunty Aini merupakan pemilik restoran sendiri di Kampung Chalet Nilai yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Café. Lokasi ini menjadi tempat kegemaran Anju untuk buat siaran live di Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/CPxyEIajLNU/

Sebelum ini, bekas suaminya Eilyas Azhar pernah  ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai susulan laporan polis dibuat oleh Anju berkenaan dengan kes ugutan.

Ruangan komen Di Instagram Telah Diserbu Netizen

Menguatkan lagi berita penahanan Anju, diruangan komen pada posting terakhir telah diserbu netizen dan mereka yakin bahawa Anju telah ditahan polis.

[VIDEO] Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

https://www.instagram.com/p/CQr8XTQj70m/

Di IG stories, Anju menasihat pengikutnya agar kekal tenang dan tidak bimbang. Malah dia berjanji akan menceritakan hal sebenar dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam laporan yang dikeluarkan oleh BH Online, suspek dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan ujian saringan awal polis.Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Walaubagaimanapun, suspek diberi jaminan polis selepas diambil keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Norzaini Abdul Hamidzarina anjoulie
https://lomp.at/0ycc0
Share511Tweet320SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem