Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Tiara Jacquelina Bangga, FIFA Iktiraf Mokhtar Dahari Sebaris Dengan Cristiano Ronaldo

by Soph Azz
June 30, 2021
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Tahniah diucapkan kepada allahyarham Datuk Mohktar Dahari kerana diiktiraf oleh FIFA sebagai penjaring gol terbanyak di dunia baru-baru ini.

Menduduki Tempat Ketiga Di Dunia 

Ciapan di Twitter, FIFA (Fédération Internationale de Football Association) telah memuat naik senarai jumlah gol yang terbanyak. Menerusi senarai ini, sebanyak 12 orang pemain telah diperakui oleh FIFA termasuklah allahyarham Datuk Mohktar Dahari.

Foto – Sports 247 / Twitter

Tempat pertama diduduki oleh Ali Daei (Iran) dan Cristiano Ronaldo (Portugal) dengan jumlah jaringan gol iaitu 109 gol. Manakala di tempat ketiga pula, allahyarham Datuk Mohktar Dahari telah menjaringkan gol sebanyak 89 gol sepanjang kariernya.

Sertai Perlawanan Antarabangsa 

Lebih dikenali sebagai Supermokh, lagenda bola sepak ini pernah mewakili negara dalam perlawanan bola sepak dari tahun 1972 sehingga 1985.

Foto – New Straits Times

Selain itu beliau juga pernah menyertai 142 perlawanan antarabangsa dan berjaya menjaringkan gol sebanyak 89 gol seperti yang dicatat oleh FIFA. Pada ketika itu, Supermokh berjaya menaikkan kedudukan negara kepada tangga 61 dalam dunia.

Foto – Harimau Mint Gold

Melihatkan kejayaan lagenda bola sepak itu selebriti tanah air, Puan Sri Tiara Jacquelina telah memuat naik posting di Instagram dengan mengucapkan tahniah dan bangganya sebagai anak Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)

Ujarnya Supermokh sangat berbakat dan bersemangat dalam kariernya. Tambahnya lagi, tiada sesiapa pun boleh mengganti tempatnya kerana lagenda tersebut tiada bandingannya. Malah dia juga berharap agar satu hari nanti akan ada pemain bola sepak negara seperti Supermokh.

Meninggal Dunia Pada Usia Muda 

Dengan pelbagai usaha dan pencapaiannya dalam bola sepak, Supermokh telah mengejutkan seluruh negara dengan berita kematiannya pada usia 37 tahun.

Foto – Wikipedia

Menerusi dokumentari National Geographic, punca kematian lagenda bola sepak ini adalah disebabkan oleh penyakit motor neuron (MND). Dipetik dari sumber NHS, MND ini merupakan keadaan otak dan saraf terjejas dan menyebabkan kelemahan yang berkembang dari semasa ke semasa.

Foto – Twitter

Tapi apa-apa pun, rakyat Malaysia sangat berbangga dan berterima kasih kepada allahyarham Datuk Mohktar Dahari atas pencapaian dan usahanya dalam menaikkan bola sepak negara. Tahniah diucapkan, kami di Murai MY sentiasa mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Source: World Of Buzz
FIFAmokhtar dahari
https://lomp.at/kzlqp
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem