Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Penagih Dadah, Jijik”- Farah Mendoza Bersyukur Pemfitnah Terima Balasan

by Zaidin Albert
June 30, 2021
124
KONGSIAN
Share on Facebook

Sesiapa yang mengikuti perkembangan artis sensasi Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju, pasti mengetahui tentang hubungan dingin  dia dengan pelakon Fara Mendoza. Mereka berdua pernah perang mulut di laman media sosial kerana beberapa isu berkaitan hal peribadi.

Pergaduhan mereka berdua berterusan sehingga membawa kepada kes mahkamah. Susulan tersebarnya khabar angin mengenai Zarina ditahan polis kerana penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine, nampaknya Fara seperti menunggu saat ini untuk membuka pekung di dada.

Penagih Dadah, Jijik!

Foto: Instagram @fara_mendoza

Dipetik dari kenyataannya di Instagram Story-nya, dia bersyukur kerana Allah telah menunjukkan individu yang cuba menfitnahnya sebelum ini mendapat balasan.

“Alhamdulilah, Allah tunjukkan! Orang itu, kalau dah hati jahat, suka berlakon, inilah jadinya! Baru lepas kena tangkap “Penagih Dadah”, jijik”

“Apa yang kau fitnah aku dulu, sekarang berbalik pada kau. Satu-satu Allah taala tunjuk dekat kau.”

“Aku tak perlu pun nak reka-reka cerita, buat video hari-hari sebut pasal kau. Tak perlu doh! Aku bahagia dengan kehidupan aku. Tanpa aku buat apa-apa, Allah buktikan sendiri kebenaran itu. Pasti Allah tunjuk”- tulisnya Ig Story.

“Dulu bukan main ya suka-suka reka cerita dan fitnah aku macam-macam. Cakap aku ini penagih dadah, pelacur, GRO, tak kerja, jual kerepek tepi jalan. Hari-hari buat video live Instagram, Facebook asyik sebut FM, FM, FM (Fara Mendoza). Sekali siapa yang kena tangkap dadah?”

“Orang yang suka fitnah ni, Yang dengki dengan kehidupan kita, yang tuduh macam-macam. Sebarkan kebencian. Burukkan kita. Kita tak payah buat apa, tak perlu balas pun. Biar Allah yang akan balas satu-persatu . Sabar..”-tambahnya lagi.

Walaupun tidak menyebut nama, tetapi orang ramai sudah dapat meneka siapakah yang dimaksudkan.  Pada bulan Jun tahun lalu, Fara menang saman malu atau fitnah ke atas Zarina yang difailkan peguamnya pada Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.

Dipetik dari Harian Metro, dia bersyukur dengan kemenangan itu yang berpihak kepadanya yang difitnah.

“Selama lima bulan juga saya berjuang untuk kes ini selepas terganggu dengan penyebaran gambar bogel dilakukan pihak berkenaan dan tuduhan menggugurkan anak,” katanya.

Zarina Nafi Ditahan Polis

Sementara itu, menerusi Instagram Zarina, dia menafikan berita dirinya ditahan polis kerana penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine. Malah dia sanggup memberi ganjaran RM1,000 sekiranya ada pihak yang berjaya buktikan dia ditahan polis.

fara mendozazarina anjoulie
https://lomp.at/vlupg
Share50Tweet31SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem