Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tam Spider Dedah Arwah Tony Sempat Solat Maghrib Bersama

Arwah seolah-olah dapat merasakan akan pergi buat selama-lamanya

by Khai Azfar
July 1, 2021
42
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemergian bekas pemain bass kumpulan Spider, Tony Iskandar Alberto atau lebih dikenali sebagai Tony dua hari yang lalu ternyata mengejutkan ramai kenalan serta peminat kumpulan terkenal itu.

Tam Sempat Solat Jemaah

Ini termasuklah buat rakan baiknya yang juga vokalis Spider, Tam Mustafah yang berkongsi kenangan terakhirnya bersama Allahyarham. Menerusi laporan BH Online, Tam sempat solat berjemaah bersama Tony dua hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di studio Luncai Emas, Sungai Buloh.

Menurut Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah, arwah seolah-olah dapat merasakan akan pergi buat selama-lamanya apabila dia memohon maaf kepadanya dan rakan-rakan yang lain.

“Arwah memang menetap di studio Luncai Emas kerana Spider mempunyai bilik di situ. Saya tinggal berdekatan, jadi sering bertemu arwah untuk bersembang dan menghantar makanan”

“Sepanjang bersahabat, saya memang tahu arwah berjuang melawan penyakit kencing manis. Cuma, arwah bukan seorang yang suka nak tunjukkan dirinya sedang sakit”

“Dua hari lalu, kami bertemu di studio dan sempat solat berjemaah bersama-sama. Secara tiba-tiba, arwah mohon maaf pada saya. Saya rasa tidak sedap hati memikirkan penyakit yang dideritai.

“Bukan dengan saya sahaja, malah arwah turut melakukan tindakan sama dengan rakan lain, seolah-olah tahu akan pergi buat selama-lamanya,” katanya kepada BH Online.

Tam Dapat Rasakan Sesuatu

Malah, arwah turut meluahkan kebimbangan terhadap sesuatu perkara termásuk sedang menyiapkan album untuk dua kumpulan yang bernaung di bawah label Luncai Emas. Jelas Tam, seperti sesuatu yang tidak kena kerana perkara berkaitan muzik bukanlah sesuatu yang sukar buatnya.

“Ketika ini, arwah sedang menyiapkan album untuk dua kumpulan yang bernaung di bawah label Luncai Emas. Arwah menyuarakan kebimbangan mengenai perkara ini kepada saya.

“Perkara ini sangat menghairankan kerana setahu saya, hal berkaitan muzik bukanlah sesuatu yang sukar buatnya. Saya yakin, ada perkara lain yang membuatkan arwah bersikap sedemikian hingga ada ketikanya arwah seperti sudah putus harap dengan kehidupannya,” dedahnya pada portal akhbar tersebut

Terdahulu, Allahyarham Tony meninggal dunia sekitar jam 2.30 pagi di studio rakaman Luncai Emas milik komposer dan penyanyi lagenda terkenal Datuk M. Nasir. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika sedang berehat di sebuah bilik dalam studio tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
tam spiderTony Spider
https://lomp.at/cle0r
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem