Monday, August 15, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

8 Selebriti Hollywood Tidur Berdengkur, Kisah Rihanna Paling Memalukan!

by Sofie Azizlan
July 3, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

40
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak diketahui ramai, selebriti Hollywood ini sebenarnya mempunyai tabiat untuk berdengkur ketika tidur. Di antara lapan selebriti ini, kisah Rihanna dikatakan paling memalukan sekali. Nak tahu? Scroll dan baca sampai habis okay!

Tom Cruise 

Ketika berkahwin dengan Katie Holmes, Tom Cruise dikatakan telah mengubah sebuah bilik di dalam rumahnya untuk menjadi “snotarium” iaitu tempat untuk tidur dan berdengkur tanpa menganggu orang lain. Kata bekas isterinya itu, dengkuran Tom yang sangat kuat itu membuatkan dia tidak boleh tidur dengan selesa.

Foto – Pinterest

Guy Ritchie 

Guy Ritchie juga dikatakan mempunyai tabiat tidur berdengkur. Dia mengaku pernah dihalau keluar dari bilik oleh Madonna kerana bekas isterinya tidak menyukai tabiatnya yang itu.

Foto – Pinterest

Lionel Messi 

Bintang bola sepak ini pernah tidur berdengkur semasa berkongsi bilik dengan rakan sepasukannya, Sebastian Veron ketika Piala Dunia 2010. Katanya masalah dengkuran Messi boleh diselesaikan dengan menggunakan bantal.

Foto – Pinterest

Rihanna 

Ketika mahu ke Los Angeles, Rihanna terlebih dahulu menaiki pesawat berbanding dengan orang lain. Ketika pesawat berlepas, Rihanna telah terlelap sehingga mengeluarkan suara dengkuran yang kuat.

Foto – Pinterest

Kemudiannya penyanyi mendapat aduan dan mengeluarkan permintaan maaf secara terbuka kepada penumpang pesawat American Airlines kerana terpaksa menahan telinga untuk mendengar suara dengkurannya.

IKLAN

Prince Harry 

Prince Harry pernah tinggal bersama dengan abangnya, Prince William sebelum berkahwin dengan Kate Middleton. Kata abangnya, dengkuran Prince Harry membuatkan dia mengalami waktu yang sukar untuk tidur dan sering terjaga di waktu malam.

Foto – Pinterest

Kevin Jonas 

Dengkuran kuat Kevin Jonas membuatkan isterinya, Danielle berpindah untuk tidur di bilik lain pada malam pertama perkahwinan mereka. Menurut sumber mereka tidak tidur bersama untuk beberapa malam.

Foto – Pinterest

Prince Charles 

Memang tak sangka Prince Charles akan diejek oleh rakannya. Ketika bersekolah di Gordonstoun, seorang budak lelaki di asramanya telah merakam Prince Charles sedang berdengkur ketika tidur untuk membuktikan betapa kuatnya bunyi tersebut.

Foto – Pinterest

Marilyn Manson 

Berbeza dengan orang lain, dengkuran Marilyn Manson tidak menjengkelkan orang sekeliling. Ujar Evan Rachel Wood iaitu bekas tunang Marilyn, dengkuran tersebut mempunyai kualiti yang menenangkan dan membuatnya tidur dengan cepat.

Foto – Pinterest

Tak dinafikan tabiat dengkuran ini boleh membuatkan orang menjadi turn off dengan kehadiran kita. Jadi nak elakkan, cuba dapatkan khidmat nasihat dari pakar okay!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: guy ritchiekevin jonasLionel Messimarilyn mansonprince charlesprince harryrihannaTom Cruise
Share16Tweet10SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Teruk Dikecam! Rihanna Pakai ‘Lingerie’ Hadiri Pertunjukan Minggu Fesyen Dior 2022
Antarabangsa

Teruk Dikecam! Rihanna Pakai ‘Lingerie’ Hadiri Pertunjukan Minggu Fesyen Dior 2022

by Mas Ayu
March 2, 2022
Rihanna Hamil Anak Sulungnya Bersama A$AP Rocky
Hollywood

Rihanna Hamil Anak Sulungnya Bersama A$AP Rocky

by Caera
February 3, 2022
Jom Intai 5 Penyanyi Ini Memiliki Dan Menggunakan Mikrofon Termahal Di Dunia
Hollywood

Jom Intai 5 Penyanyi Ini Memiliki Dan Menggunakan Mikrofon Termahal Di Dunia

by Aphit J.
October 17, 2021
Serang Peminat, 5 Selebriti Ini Pernah Bertindak Diluar Kawalan Ketika Bersama Peminat
Hollywood

Serang Peminat, 5 Selebriti Ini Pernah Bertindak Diluar Kawalan Ketika Bersama Peminat

by Aphit J.
August 29, 2021
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!

  4. 4

    “Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

  5. 5

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera