Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Bapa Britney Spears Nafi Terlibat Dalam “Urusan Peribadi” Anak Perempuannya

bapa kepada Britney Spears menguasai hartanah, keputusan bisnes, dan banyak lagi bahagian dalam kehidupan peribadi Britney Spears 

by Naddy Joe
July 1, 2021
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Bapa kepada Britney Spears, Jamie, menyatakan dalam pemfailan mahkamah bahawa dia tidak mempunyai kawalan terhadap “urusan peribadi” bintang pop itu selepas Britney Spears memberikan testimoni mahu konservatorinya selama 13 tahun ditamatkan dan menganggap ianya “penderaan”.

Dipetik dari Insider, bapa kepada Britney Spears menguasai hartanah, keputusan bisnes, dan banyak lagi bahagian dalam kehidupan peribadi Britney Spears.

Bapa Britney Spears Tidak Terlibat Dalam “Rawatan Perubatan Semasa” & “Urusan Peribadi” Britney Spears

Menjawab tuduhan Britney Spears pada conservatorship hearing 23 Jun mengenai dia tidak dibenarkan mempunyai anak ketika di bawah konservatori, peguam Jamie berpendapat dalam dokumen mahkamah yang difailkan di Los Angeles County, bahawa dia tidak terlibat dalam “rawatan perubatan semasa” dan “urusan peribadi” Britney Spears.

Pasukan Undang-undang Jamie turut memberitahu bahawa Jamie berhenti membuat keputusan yang berkaitan dengan “urusan peribadi” anak perempuannya setelah Jodi Montgomery menjadi konservator sementara pada September 2019.

Jamie “Prihatin Dengan Pengurusan & Penjagaan Anak Perempuannya”

Jodi Montgomery (tengah) telah mengawasi urusan peribadi Britney Spear dan bukan bapanya, Jamie Spears (kanan) sejak 2019

Pemfailan tersebut mengatakan bahawa Jamie “prihatin dengan pengurusan dan penjagaan anak perempuannya” selepas mendengar keterangan mahkamah Britney Spears yang mana mengatakan bahawa dia memiliki sedikit kebebasan sepanjang hidupnya, termasuklah dipaksa menjalani IUD (intrauterine contraceptive).

“Puan Montgomery telah menguruskan sepenuhnya perawatan harian dan rawatan perubatan Britney Spears.” -Insider

Jamie Benar-Benar Sayangkan Britney Spears

Setelah keterangan Britney Spears didedahkan pada orang ramai, bapa kepada Britney Spears mendapat pelbagai reaksi di media sosial kerana didakwa mengawal kehidupan anak perempuannya.

Memberi respon pada kritikan itu, peguam Jamie menulis pada pemfailan mahkamah pada Selasa bahawa Jamie “tidak dapat mendengar dan menyelesaikan masalah” anak perempuannya secara langsung kerana dia telah “terputus dari berkomunikasi dengannya”.

“Ketika Mr. Spears bertugas sebagai Conservator of the Person, dia melakukan segalanya dengan kuasanya untuk menyokong dan menjaga kesejahteraan Britney Spears dan keputusan peribadinya termasuklah perkahwinan.” -Pemfailan mahkamah

Ia turut menambah bahawa ketika Jamie adalah sebagai seorang konservator bagi anak perempuannya, dia “tidak pernah menghalang” Britney Spears untuk berkahwin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
britney spears
https://lomp.at/ob9sh
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem