Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Kerana Terpaksa, K-Pop Idol Ga In Ambil Propofol Secara Haram

by Soph Azz
July 1, 2021
Foto - Billboard

Foto - Billboard

22
KONGSIAN
Share on Facebook

Disahkan oleh agensi Mystic Story, BROWN EYED GIRLS Ga In didenda selepas mendapati penyanyi tersebut menggunakan propofol secara haram.

Jumlah Denda Hampir RM4K

Dipetik daripada Soompi, Ga In didakwa menggunakan propofol secara haram di antara bulan Julai dan Ogos pada tahun 2019. Dakwaan ini terjadi setelah seorang pakar bedah plastik dipenjara kerana menjual etomidate kepada beberapa pesakitnya termasuklah Ga In.

Foto – Allkpop

“Memang benar Ga In didenda hampir RM4K kerana penggunaan propofol secara tidak sah. Kami (agensi) meminta maaf bagi pihak Ga In kerana telah menimbulkan kerisauan dengan berita ini. Kami mengaku ia adalah tindakan yang salah secara sosial”, ujar agensinya.

Memberi respon kepada dakwaan tersebut, agensi Mystic Story telah mengeluarkan pernyataan di mana pihak mereka memohon maaf kerana tidak bertindak dengan awal dan membiarkan perkara ini berlaku.

Ambil Propofol Gara-Gara…

Agensi Mystic Story memberitahu ahli kumpulan BROWN EYED GIRLS itu mengambil propofol secara haram disebabkan oleh dua faktor. Antaranya adalah Ga In mengalami depresi dan gangguan tidur.

Foto – Byeol Korea

“Sepanjang kariernya (Ga In), dia mengalami banyak kecederaan parah dan ringan. Ga In juga mengalami kesakitan yang berpanjangan, depresi dan gangguan tidur yang teruk.

Ujar agensi itu lagi, gangguan tidur dan depresi yang dialami oleh Ga In terjadi sejak di awal kariernya lagi. Tambahnya keadaan tertentu tidak boleh dibincang begitu sahaja kerana tiada jalan keluar yang berkesan untuk menangani situasi ini.

Foto – KProfiles

Bahaya Propofol 

Propofol atau nama lainnya Diprivan berfungsi untuk melambatkan aktiviti otak dan sistem saraf. Ubat ini sering digunakan untuk membuat seseorang tidur ketika pembedahan atau prosedur perubatan lain. Untuk jangka masa panjang pula, ia boleh menyebabakan Propofol Infusion Syndrome iaitu mengakibatkan kematian.

Foto – Fair Observer

Antara selebriti yang meninggal disebabkan oleh propofol adalah raja Pop, Michael Jackson pada tahun 2009. Manakala beberapa selebriti Korea seperti Wheesung, Ha Jung Woo, Park Si Yeon, Lee Seun Yeon dan Jang Mi In Ae pula dijatuhkan hukuman kerana penyalahgunaan propofol.

Foto – Pinterest
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Source: Kompas
brown eyed girlsbrown eyed girls ga inmystic storypropofol
https://lomp.at/abk1h
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem