Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Yang Penting Aku Tak Hisap Candu”- Kak Mel Anggap Zarina Anjoulie Seperti Sampah Masyarakat

Dia turut menegur netizen tersebut untuk berhenti menyanjung Anju

by Khai Azfar
July 2, 2021
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa nama selebriti sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah atau lebih dikenali sebagai Anju hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Kak Mel Perli Anju?

Ia susulan daripada andaian netizen yang mengaitkan nama Anju dengan penahanan pihak polis terhadap seorang pelakon wanita di Nilai, Negeri Sembilan yang dikatakan terbabit dengan pengambilan dadah baru-baru ini. Isu tersebut turut disensasikan oleh bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik terkenal Dato Sri Aliff Syukri, Melati Abd Ghani atau juga dikenali sebagai Kak Mel.

Menerusi beberapa hantaran di laman Insta-story nya sebentar tadi, Melati telah berkongsi status yang dimuatnaik oleh seorang pengikut Zarina yang memerlinya berikutan wajah Anju menjadi muka hadapan sebuah akhbar tempatan. Bagaimanapun, Melati membidas kembali kenyataan tersebut kerana beranggapan tidak perlu menjadi muka hadapan akhbar sekiranya terlibat dengan najis dadah.

Anggap Seperti Sampah Masyarakat 

Malah, dia turut menegur netizen tersebut untuk berhenti menyanjung Anju malah menyifatkannya sebagai ‘sampah masyarakat’.

“Eh tak hairan la muka ada depan paper ke tidak. Yang penting aku tak hisap candu sudah.Muka depan..tapi jadi sampah masyarakat buat apa? Orang macam itu ke kau nak sanjung. Ko pun nak ikut hisap candu ke? itu yang duk sanjung @abam_haters” tulis Melati

Dalam pada itu, Melati turut berasa hairan dengan sikap personaliti televisyen yang lantang bersuara di media sosial, Iesya Toh kerana tidak membuat sebarang ulasan mengenai isu yang terpalit dengan Anju.

“@Iesya_toh netizen dah pertikaikan..kenapa you tak pernah nak up pasal si candu ini. Kena adil lah sis..” kongsinya lagi

Terdahulu, Murai.my melaporkan Anju menafikan bahawa dirinya telah ditahan polis dan akan memberi wang tunai RM1000 buat mereka yang berjaya membuktikannya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
amyza adnan zarina anjoulieKak MelMelatizarina anjoulieZarina Anjoulie Melati
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara