Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

5 Fakta Menarik Mengenai Hotel Istana Yang Ramai Tidak Tahu!

Pengurusan terpaksa membuat pilihan yang sukar untuk menutup hotel berkenaan berikutan situasi ekonomi yang mencabar.

by Naddy Joe
July 2, 2021
53
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita hotel bertaraf lima bintang, Hotel Istana Kuala Lumpur yang akan ditutup pada 1 September ini.

Menurut Berita Harian, Pengurus Besarnya, Noradzzudin Omar berkata, pengurusan terpaksa membuat pilihan yang sukar untuk menutup hotel berkenaan berikutan situasi ekonomi mencabar dicetuskan oleh pandemik COVID-19 yang meningkatkan lagi persaingan sengit dalam industri hospitaliti.

Dimiliki oleh Tradewinds Corp Berhad

Hotel Istana Kuala Lumpur dimiliki oleh Tradewinds Corps Berhad, yang merupakan salah satu pemilik dan pengendali hotel terbesar di negara ini dengan tujuh aset hospitality di bawahnya.

Tiga di antaranya adalah resort yang merangkumi Mutiara Taman Negara, Merritus Pelangi Beach Resort and Spa di Langkawi, dan The Danna Langkawi yang disebut-sebut sebagai hotel utama kumpulan .

Empat hotel bandar dan perniagaan lain adalah Hotel Istana Kuala Lumpur, Hilton Petaling Jaya, Hilton Kuching dan Mutiara Johor Baru ( yang berhenti beroperasi pada Mei tahun ini).

Siap Dibina Pada Tahun 1992

Menerusi carian Murai, Hotel Istana ini siap dibina pada tahun 1992.  15 tahun kemudian, Hotel Istana Kuala Lumpur diubah suai pada tahun 2007 dengan kos bernilai RM25 juta pada ketika itu.

Terletak di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur

Hotel Istana Kuala Lumpur ini terletak di Jalan Raja Chulan di Segi Tiga Emas berprestij di Kuala Lumpur. Hotel 5 bintang ini juga berhampiran dengan pusat membeli-belah terkenal seperti Pavilion, Lot 10, Starhill, Suria KLCC dan hub hiburan Changkat Bukit Bintang.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Menara Petronas berjarak hanya 10 minit berjalan kaki melalui Skybridge, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hanyalah berjarak 1 jam perjalanan.

Mengekalkan Identiti Warisan Melayu

via Facebook Hotel Istana Kuala Lumpur

Hotel Istana Kuala Lumpur ini masih mengekalkan songket warisan Melayu yang kian ditelan zaman. Setiap kakitangan hotel memakai uniform yang bermotifkan seni songket dan batik untuk menyambut tetamu yang datang menginap di Hotel Istana.

via Facebook Hotel Istana Kuala Lumpur

Menjadi Lokasi Sidang Media Perkahwinan Lana Nordin

via MStar

Hotel Istana Kuala Lumpur juga menjadi lokasi siding media perkahwinan aktres terkenal, Lana Nordin Bersama pasangannya, David Mckienzie.

Dipetik dari Berita Harian, Lana Nordin memberitahu dalam sidang media bahawa majlis kahwinnya pada asalnya dirancang untuk diadakan di Hotel Istana, dan kemudian berubah ke Hotel Palace of Golden Horses

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Hotel istana
https://lomp.at/adrso
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem