Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Cara Nak Semak & Kemaskini Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0)

by Jash Lee
July 3, 2021
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan mengenai lanjutan subsidi upah yang dijenamakan sebagai Program Subsidi upah (PSU 4.0) sebagai penambahbaikan daripada PSU 3.0. Kerajaan akan menampung sehingga 500 orang pekerja bagi setiap perusahaan dengan kadar sebanyak RM600 untuk setiap pekerja selama 4 bulan ( 2 bulan untuk sektor sektor ekonomi dan 2 bulan seterusnya bagi sektor dalam senarai negatif) dan tiada lagi syarat had gaji. Namun, syarat kadar penurunan sebanyak 30% masih dikekalkan dan majikan juga disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji setiap pekerja.

Bagi majikan yang pernah membuat permohonan, di sini kami akan kongsikan bagaimana untuk anda menyemak dengan mengikuti langkah mudah ini. Jom kita tengok!

  1. Layari portal Welcome – Program Subsidi Upah (perkeso.gov.my) dan klik pada pilihan semakan yang ingin dibuat. Antara 3 jenis semakan permohonan adalah PSU 1.0, PSU 2.0 & 3.0, PSU 4.0.
  2. Selepas membuat pemilihan permohonan, masukkan nombor rujukan PSU beserta emel yang telah didaftarkan.
  3. Melalui semakan ini, majikan boleh melihat butiran yang telah diisi dan menyemak jumlah pekerja yang telah diluluskan oleh Perkeso.
via Perkeso

Untuk mengemaskini PSU 4.0 (PEMERKASA+), majikan hanya perlu ikut langkah mudah ini.

  1. Melalui portal Welcome – Program Subsidi Upah (perkeso.gov.my), klik pada pilihan kemaskini maklumat permohonan.
  2. Masukkan nombor rujukan PSU 4.0 dan email yang didaftarkan dan klik seterusnya.
  3. Anda boleh mengemaskini status aktif perniagaan atau bilangan pekerja sekiranya terdapat perubahan. Isi maklumat dengan lengkap dan tepat.
  4. Memuat naik dokumen sokongan (penyata kadar penurunan) sekiranya diperlukan dan seterusnya klik simpan.

Permohonan PSU 4.0 boleh mula dibuat dan dikemaskini pada pertengahan 1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober 2021. Semoga bantuan ringkas dan mudah yang dikongsikan ini dapat membantu anda mengurangkan risiko kehilangan mata pencarian kepada pekerja dan majikan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. #kitajagakita

PSU4.0
https://lomp.at/3usto
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara