Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Perbezaan Agama, 4 Artis Indonesia Ini Berkahwin Dalam 2 Upacara Keagamaan

by Soph Azz
July 3, 2021
Foto - Kapan Lagi

Foto - Kapan Lagi

133
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah menjadi normal di Indonesia untuk bercinta dengan pasangan tidak seagama. Bagi pasangan tidak mahu menukar pegangan seperti selebriti Indonesia ini, mereka telah melakukan dua upacara keagamaan ketika berkahwin. Tertanya-tanya siapa selebriti tersebut, teruskan scroll okay!

Yama Carlos & Artifa Dwi Putri 

Pada tahun 2016, perkahwinan aktor Yama Carlos dan isterinya, Artifa Dwi Putri dilakukan secara tertutup bagi mengelak kontroversi. Ini kerana Yama merupakan penganut agama Kristian dan isterinya pula beragama Islam.

Foto – Grid.id

Menurut Artifa, perkahwinan mereka menjalankan dua upacara iaitu akad nikah dan berkat. Dari hasil perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Revaldo & Indah Puspita Sari 

Pasangan ini pula lebih terbuka mengenai perkahwinan mereka yang berbeza agama. Revaldo atau nama sebenarnya Fifaldi Surya Permana merupakan seorang penganut agama Islam. Manakala Indah Puspita Sari merupakan penganut Katolik.

Foto – Liputan 6

Majlis perkahwinan mereka dilangsungkan sebanyak dua kali iaitu menerusi perkahwinan secara Islam dan Kristian. Majlis ini diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Ajun Perwira & Jennifer Jill Supit 

Berkahwin dalam upacara Hindu di Bali, Ajun Perwira merupakan penganut agama Hindu manakala isterinya, Jennifer Jill Supit merupakan penganut Katolik.

Foto – Kumparan

Sehari selepas perkahwinan upacara Hindu, pasangan ini melakukan upacara berkat. Walaupun berbeza agama, Ajun dan Jennifer tidak mengalami sebarang masalah berkaitan dengan kepercayaan masing-masing.

Jonas Rivanno & Asmirandah 

Jonas Rivanno (penganut Kristian) dikatakan telah memeluk agama Islam ketika berkahwin dengan Asmirandah (penganut agama Islam). Perkahwinan pasangan ini telah terbatal selepas Jonas memeluk agama Kristian kembali.

Foto – Liputan 6

Kemudian pasangan ini mengambil keputusan untuk berkahwin di luar negara iaitu Israel dan Asmirandah telah menukar agamanya kepada Kristian. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
Jonas Rivannoperkahwinan berbeza agama
https://lomp.at/4q9ix
Share53Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem