Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kena Kecam! Erra Fazira Dan Dua Selebriti Popular Ini Bersimpati Dengan Alha Alfa

by Puteri Alia
July 2, 2021
64
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial usahawan kosmetik terkenal Alha Alfa, yang menerima kecaman segelintir netizen tiap kali berkongsi foto sumbangan di akaun Instagramnya.

Berikutan itu, usahawan kosmetik ini membuat keputusan untuk memadam foto sumbangan yang dikongsikan di Instagramnya.

Dalam masa itu, Alha juga memuatnaik hantaran di Instagram yang menyatakan rasa sedih kerana niat yang baik disalah ertikan oleh sesetangah masyarakat.

View this post on Instagram

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

Erra Fazira Harap Alha Alfa Bertabah

Membaca hantaran tersebut di Instagram, Erra Fazira memberi kata-kata semangat kepada Alha dan berharap agar usahawan tersebut tabah menghadapi ujian.

“Tabahkan hatimu….! Kita jaga niat kita. Memang risau dengan keadaan dan mentaliti sesetengah orang sekarang. Kita sedekahkan al-Fatihah moga mereka diluruskan hati untuk melihat dari sudut yang positif.

Kekal kuat ya. Benda baik teruskan. Jangan hirau suara negatif. Moga Allah merahmati DA dan insan lain yang sudi membantu.” Tulis Erra Fazira

Fasha Sandha Beri Ucapan Semangat

Manakala pelakon Fasha Sandha memberi ucapan semangat agar usahawan kosmetik terkenal ini meneruskan membuat perkara yang betul dan hanya Allah S.W.T yang mengetahui niat sebenar diri.

“Buat saja apa kita rasa betul, tak perlukan pendapat orang. Niat kita Allah Taala yang tahu, manusia tak boleh menilai.” Tulis Fasha Sandha

Ayda Jebat Pelik Dengan Orang Berfikiran Negatif

Penyanyai dan pelakon Ayda Jebat juga berkongsi pesanan yang serupa dan menyatakan Alha Alfa berhak untuk memuatnaik apa saja di akaunnya apatah lagi berkongsi sesuatu yang baik.

“Sampai kena padam? Peliknya lah orang yang berfikiran negatif ini. Lagi pun ini platform abang, ikut abang lah nak post apa pun dan memang benda yang baik.

kalau dekat luar negara video orang bantu orang susah, orang-orang dia orang puji dan sokong. Tapi lain jadi dekat sini, tak apa abang yang penting niat abang. InsyaAllah Allah tahu.” Tulis Ayda Jebat

Makin ramai yang suka mengecam orang lain terutama jika berkongsi mengenai memberi sumbangan dan melakukan perkara baik, masyarakat sekarang semakin tenat.

Fazura Tegur Kecaman Netizen-"Naik Bas, Kelas Ekonomi, Bisnes Tak Tentukan Status Kewangan Fasha Sandha"
alha alfaayda jebaterra fazirafasha sandha
https://lomp.at/igmty
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem