Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi kongsiannya di Facebook dan juga Instagram. Nooryana, atau lebih mesra disapa sebagai Yana Najib, menceritakan semula momennya melawat bapanya di Penjara Kajang.
Anak Kongsi Najib Razak Tersentuh Dengan Sokongan Ramai
Yana memaklumkan bahawa bapanya terkejut selepas mengetahui ramai yang tampil memberikan sumbangan terhadapnya melalui Tabung Solidariti Datuk Seri Najib.
“Semalam, ketika kami sekeluarga melawat beliau, DSN berkali-kali berkata betapa tersentuhnya hati melihat orang ramai sanggup menyumbang.
“Daddy betul-betul tak sangka begitu ramai yang sanggup menyumbang. I would never force it on anyone”.”
Pada masa yang sama, Yana turut menjelaskan bahawa bapanya belum lagi dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani tahanan di rumah kerana mereka perlu membuat pembayaran denda sebanyak RM50 juta.











