Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Its A Boy!” – Yatt Hamzah Selamat Lahirkan Anak Keenam

Anak keenam Yat merupakan zuriat lelaki pertamanya

by Khai Azfar
July 5, 2021
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Yatt Hamzah memanjatkan rasa syukur apabila dia selamat melahirkan anak keenamnya pada malam Sabtu. Menerusi hantaran yang dikongsi Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 41 di laman Instagram, dia melahirkan anaknya itu secara normal biarpun pada awalnya telah dijadualkan untuk menjalani proses bersalin secara pembedahan.

Anak Lelaki Pertama Yat 

Lebih menggembirakan, anak keenam nya ini juga merupakan zuriat lelaki pertamanya dan turut memberi bayangan bahawa ini merupakan anaknya yang terakhir.

“Jam 11 malam semalam hampir-hampir masuk ke bilik bedah untuk caesarean, dengan kuasa Allah, pada saat-saat akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad.

“Pengalaman yang luar biasa, hebatnya kuasa doa. Allahuakbar!Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak lelaki pertama Bonda.. satu-satunya anak lelaki,” tulis Yatt.

Yatt Berterima Kasih Atas Doa

Dalam pada itu, Yatt berterima kasih atas doa yang dititipkan oleh orang ramai sebelum ini dan turut meminta mereka untuk terus mendoakan bayinya itu untuk terus sihat dan menjadi anak yang soleh. Meninjau ke ruangan komen, pelbagai ucapan tahniah dan doa telah dititipkan oleh rakan-rakan selebriti dan pengikut Yatt di laman Instagram.

“Terima kasih semua keluarga, sahabat-sahabat dan followers Bonda yang baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini. Paling utama doa suami.

“Genap 1 hari usia Baby Boy Bonda ni Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah.. Doakan juga Baby terus sihat dan jadi anak yang soleh, pejuang agama,” tulisnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by BONDA of 6, 5 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci)

Untuk rekod, Yatt telah mendirikan rumahtangga bersama Zulfadhli Khiruddin sekitar Februari 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.

Menerusi perkahwinan Yatt terdahulu bersama Abdul Mutalib Shukor, pelakon ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika, 9.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: anak selebritiyatt hamzah
Share6Tweet4SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?
Lokal

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

by Zaidin Albert
February 2, 2023
[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”
Gossip

[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”

by Naddy Joe
January 31, 2023
Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?
Gossip

Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?

by Naddy Joe
January 31, 2023
Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa
Gossip

Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa

by Naddy Joe
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan