Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Pelik! Wanita Muda Ini Alergik Dengan Air & Boleh Mandi Hanya 2 Kali Sebulan

by Amirul Fikry
July 17, 2021
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Kebiasaannya kita akan mendengar orang alergik atau alah dengan makanan seperti kekacang, ikan, habuk, bunga, debu dan ini sebenarnya satu keadaan yang sangat biasa.

Namun lain pula ceritanya yang terjadi kepada seorang gadis muda yang berasal dari California, Tessa Hansen Smith.

Dipetik dari news24, Tessa mengalami alahan yang disebut ‘Aquagenic Urticaria’ atau dengan bahasa mudahnya alergik atau alahan dengan air. Yang lebih teruk lagi, dia juga alergik dengan air liur bahkan dengan darahnya sendiri.

via ig

Tessa pernah membuat kenyataan bahawa kulitnya akan menjadi kemerah-merahan dan akan naik ruam yang sangat gatal dan perkara itu sangat tidak selesa. Disebabkan alahan tersebut, Tessa terpaksa mandi hanya sebulan atau dua bulan sekali.

Menurut Tessa lagi, penyakit ini hanya diketahui olehnya apabila usianya 8 tahun dan lebih teruk lagi apabila dia sedar bahawa dia bukan sahaja alergik pada air di bahagian luar badan tetapi juga di bahagian dalaman.

Bila permukaan kulit atau bahagian dalaman terkena air, Tessa pasti akan merasa sakit sehingga boleh menyebabkan demam yang berpanjangan.

Kata Tessa kepada satu sumber,

“Bila saya minum jus buah, makan buah atau sayur-sayuran, lidah saya akan menjadi gatal dan perut saya juga akan cramp. Walaupun saya tidak mandi pada setiap hari, namunsaya tetap berus gigi sekadar untuk cukupkan syarat bahkan itu juga boleh membuatkan lidah saya merasa gatal dan ruam akan naik dengan banyak di bahagian gusi, ianya sangat menyakitkan!”

via ig

Tessa tidak pernah memberitahu perkara tentang kesihatannya kepada orang lain kecuali ahli keluarganya yang terdekat sahaja kerana dia amat yakin apabila orang lain tahu akan keadaan dirinya mereka akan menganggap dirinya seorang yang pengotor.

Menurut Tessa lag, dia juga alergik kepada air mata dan darah haidnya sendiri yang turut kan menyebabkan dirinya depresi dan anxiety kerana terlalu tertekan dengan penyakit yang dialaminya.

Apabila tahu perkara yang dialami oleh Tessa, pasti ramai yang bersyukur diatas nikmat dan kelebihan yang diberikan pada kita. Marilah kita sama-sama berdoa agar Tessa dapat pulih sepenuhnya dan dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Alahdenganair
https://lomp.at/ed29v
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem