Friday, May 20, 2022
  • HANGAT.COM
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Pemimpin Melayu, Tapi Tak Cerminkan Islam”- Idris Khan

by Sofie Azizlan
July 8, 2021
“Pemimpin Melayu, Tapi Tak Cerminkan Islam”- Idris Khan

Foto - @theidriskhan (Instagram)

Share on Facebook

Sekali lagi pelakon, Idris Khan berkongsi pandangan mengenai pentadbiran kerajaan Malaysia setelah ditanya oleh peminat menerusi Q&A story di Instagram. Menjawab soalan mengenai pihak kerajaan kini, ini respon pelakon tersebut;

Sentuh Tentang Identiti Kerajaan 

Foto – @theidriskhan (Instagram)

Menyentuh isu identiti kerajaan, Idris berkata pentadbiran kerajaan tidak mencerminkan ajaran agama Islam. Ujarnya sejak dahulu lagi beberapa isu seperti sentimen perkauman, rasuah, perebutan kuasa dan sebagainya menjadi semakin berleluasa.

“Apa yang saya nak sentuh tentang kerajaan kita adalah identiti mereka, bukan kerajaan sekarang je, tapi dah berzaman selepas zaman Tun Razak dan Tun Hussein. Kerajaan Malaysia diterajui pemimpin-pemimpin Melayu Islam, tetapi tidak mencerminkan Islam itu sendiri. Kuat sentimen perkauman, rasuah mencuri berleluasa, kronisme, nepotisme, kehancuran alam sekitar yang kronik, gila kuasa dan macam-macam lagi”- tulisnya di IG Story.

Idris juga akui pentadbiran sebegini dapat memberi kesan yang buruk pada agama Islam.

IKLAN

“Yang paling teruk kesannya dia sebenarnya adalah pada Islam itu sendiri, sebab orang bukan Islam melihat kepada pemimpin-pemimpin ini, dan mereka berkata inilah Islam. Sedangkan mereka jauh sekali menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.”- ujarnya

Tambahnya, agama ini tidak perlu dilindungi dengan parti politik. Malah pihak kerajaan dan rakyat perlu berpaksikan pada ajaran agama Islam yang sebenar untuk maju di dunia dan akhirat.

“Islam tak perlukan parti politik untuk lindungi dia. Kita yang perlukan Islam, dan perlu balik kepada ajaran Islam yang sebenar, baru maju jaya dunia dan akhirat”-katanya.

Rakyat Perlu Undi Yang Terbaik Untuk Negara 

Foto – @theidriskhan (Instagram)

Dedah pelakon ini untuk setanding dengan negara lain, rakyat perlu peka dan mengundi calon yang terbaik untuk negara tanpa perlu mengambil kira agama, bangsa dan parti politik. Idris juga berkata dengan undian sebegini, negara dapat diurus dan ditadbir oleh mereka yang layak dan berhak sahaja.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: Agama Islamidris khankerajaan malaysia
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Diingati Oleh Anggota BTS, Mahu Perkuatkan Nama Di Malaysia…Ini 5 Perkara Menarik Tentang Isaac Woo!
Asia

Diingati Oleh Anggota BTS, Mahu Perkuatkan Nama Di Malaysia…Ini 5 Perkara Menarik Tentang Isaac Woo!

by Raff Ali
May 19, 2022

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri hiburan K-Pop,Isaac Woo bukanlah satu nama yang asing lagi. Jejaka berusia 28 tahun ini...

Read more
“Inilah Keadaan Muka Saya Sekarang”-Ustaz Kazim Elias Mohon Bantuan Untuk Rawat ‘Penyakit Misteri’
Kesihatan

“Inilah Keadaan Muka Saya Sekarang”-Ustaz Kazim Elias Mohon Bantuan Untuk Rawat ‘Penyakit Misteri’

by Naddy Joe
May 19, 2022

Pendakwah terkenal, Dato' Ustaz Kazim Elias (DUKE) tampil berkongsi tentang keadaan kesihatannya yang sebelum ini telah berusaha mendapatkan rawatan moden...

Read more
“Syukur Saya Dapat Berita…” – Wajah Siti Nurhaliza Pula Terpampang Di Times Square New York!
Lokal

“Syukur Saya Dapat Berita…” – Wajah Siti Nurhaliza Pula Terpampang Di Times Square New York!

by Raff Ali
May 18, 2022

Satu lagi sejarah dilakar penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila wajahnya terpampang di papan iklan Spotify, bangunan...

Read more
Confirm ‘Mega’! Ziana Zain & Anuar Zain Bakal Disatukan Dalam Sebuah Konsert?
Lokal

Confirm ‘Mega’! Ziana Zain & Anuar Zain Bakal Disatukan Dalam Sebuah Konsert?

by Phic Arman
May 18, 2022

Peminat muzik tanahair pasti ternanti-nanti untuk menyaksikan gabungan dua suara emas pasangan adik-beradik Ziana Zain dan Anuar Zain. Sebelum ini...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    “Harap Kes Saman Saya 3 Juta Awak Tak Buat Pro Bono Jugak”-Awal Ashaari Sindir Peguam Siti Bainun?

  3. 3

    Muat Naik Video Di Lapangan Terbang, Netizen Persoalkan Sajat Balik Malaysia?

  4. 4

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  5. 5

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera