Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Letak, Gerak” – Netizen Terkejut Altimet & Pasukan Hantar Barang Bantuan Dalam Diam

Netizen yang menerima bantuan tersebut meluahkan rasa terharu dan terkejut

by Khai Azfar
July 8, 2021
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan komposer Altimet ketika ini bersama pasukannya sedang aktif memberi bantuan buat rakyat yang terjejas dari segi bekalan makanan menerusi kempen Bendera Putih yang kini rancak dijalankan.

Altimet Aktif Beri Bantuan

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, difahamkan Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad,40 dan pasukannya mula memberi bantuan sejak awal Julai dan meliputi beberapa kawasan berhampirannya. Menjengah salah satu ciapan yang dikongsi Altimet, seorang netizen yang menerima bantuan tersebut meluahkan rasa terharu dan terkejut apabila menerima bantuan daripada mereka secara mengejut di hadapan pintu rumah.

Enggan Cari Publisiti

Via Twitter Altimet

Jelas Altimet,pasukannya enggan mengambil gambar dan hanya sekadar ingin datang memberi bantuan kepada yang memerlukan.

“Kami tak banyak ‘cekadak’, Kak. Tak ada ambil-ambil gambar ini semua. Letak, gerak” ciap Altimet

Dalam pada itu, Altimet turut menasihati pengikutnya mengenai keperluan mengambil bantuan Moratarium yang dibuka bermula hari ini. Nasihat pelantun Bunga ini, orang ramai perlu memikirkan syarat dan kesan selepas mengambil moratarium tersebut. Namun, dalam masa yang sama Altimet berkata sekiranya perlu, bantuan tersebut perlu digunakan biarpun tahu akan kesannya di kemudian hari.

“Banyak benda kita boleh belajar dari isu moratorium ini. Utama sekali pendirian kita sendiri tentang sistem pinjaman wang, dan lain-lain. Kadang-kadang kita tak suka tapi tak mampu untuk tak gunakan sistem ini. Tepuk dada tanya selera, guys” tulisnya

Via Twitter Altimet

Menjengah ke ciapan lain, rata-rata pengikut Altimet memuji gerakan bantuan yang dibuat oleh penyanyi ini dan pasukannya yang dilihat enggan mencari publisiti sebaliknya semakin aktif memberi bantuan kepada orang ramai.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/2agg0
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem