Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Seram Gila! Jadi Mangsa Korban Ritual Semah, Sarawak Dihantui Dengan Hantu Janet

by Soph Azz
July 8, 2021
Foto - Twitter

Foto - Twitter

103
KONGSIAN
Share on Facebook

Kamu pernah dengar tentang kisah Hantu Janet Sarawak? Terjadi sekitar tahun 70-an sehingga 80-an, kisah hantu ini menjadi perbualan rakyat Sarawak terutamanya mereka di bandar Kuching.

Seorang Jururawat Yang Diculik 

Gadis berbangsa Tiong Hua, Janet merupakan seorang jururawat di Hospital Umum Sarawak (HUS). Berdasarkan khabar angin pada akhir tahun 60-an, Janet telah diculik ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Foto – New Straits Times

Sejak kejadian itu, seorang demi seorang gadis di bandar Kuching telah hilang dan dipercayai diculik. Ketika itu, ramai yang menganggap kehilangan gadis-gadis tersebut dipercayai menjadi mangsa korban ritual semah.

Mangsa Korban Ritual Semah 

Menurut kepercayaan orang dahulu, korban ritual semah akan dilakukan sekiranya terdapat pembinaan baharu yang bertujuan untuk mengelak gangguan makhluk halus.

Foto – Mapio.net

Ketika itu pembinaan Jambatan Satok di Kuching sedang dilakukan dan tergendala disebabkan oleh penunggu kawasan. Untuk elakkan perkara tersebut berterusan, korban ritual semah perlu dilakukan.

Foto – Shutter Stock

Dalam ritual ini, gadis perawan akan dijadikan sebagai mangsa korban iaitu diculik dan dibunuh sebelum kepala mereka dipenggal. Kemudian kepada akan ditanam dalam struktur binaan seperti tiang konkrit.

Mula Menghantui Penduduk Sarawak 

Selepas beberapa ketika, penduduk Sarawak telah menjumpai mayat tanpa kepala dan dipercayai ia adalah Janet. Ibu bapa Janet kemudiannya mengebumikan anak perempuannya dengan pakaian serba mereka. Menurut kepercayaan orang Cina, dikebumikan dengan pakaian merah bermaksud roh akan kembali untuk membalas dendam.

Foto – Twitter

Selepas itu, masyarakat di bandar Kuching mula diganggu oleh Hantu Janet. Ada beberapa cerita penduduk yang diganggu oleh Hantu Janet seperti:

  • Nampak wanita berpakaian serba merah dan payung berjalan kaki pada waktu malam.
  • Kereta ditahan dan meminta untuk hantar ke suatu lokasi. Setibanya di lokasi berkenaan, kereta tersebut tiada penumpang kecuali bau yang sangat busuk.
  • Kereta dipandu oleh lelaki ditahan dan mengajak pemandu tersebut untuk menonton wayang di bandar.
  • Menaiki feri pada waktu malam untuk merentas Sungai Sarawak tetapi hilang ketika sampai ke seberang sungai.
Airbnb Dedah Malaysia Negara Paling Dikunjungi oleh Tetamu Airbnb Tempatan Pada 2024
Foto – Pinterest

Sehingga kini, kisah Hantu Janet masih lagi menghantui rakyat Sarawak. Malah namanya dilarang untuk disebut kerana bimbang ia bakal membawa padah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
kisah hantu janetkorban ritual semahkuchingsarawak
https://lomp.at/5ewzx
Share41Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem