Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Terkenal Kerana Kaya! Ini 5 Bisnes Yang Diusahakan Nia Ramadhani Bersama Suaminya

Ardi merupakan anak kepada pemilik perusahaan besar di Indonesia, Bakrie Group.

by Khai Azfar
July 9, 2021
134
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak Khamis (8 Julai 2021), nama pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani bersama suaminya, Ardi Bakrie hangat diperkatakan selepas ditahan pihak polis berkaitan dengan pengambilan dadah jenis syabu.

5 Bisnes Yang Diusahakan Nia & Ardi 

Lebih mengejutkan Nia mengaku sudah mengambil dadah tersebut sejak 5 bulan yang lalu. Sejak berita tersebut tular di media sosial, rata-rata peminat membuat pelbagai spekulasi mengapa pasangan ini sanggup mengambil dadah biarpun bergelar jutawan di sana.

Sebagai info, Ardi merupakan anak kepada pemilik perusahaan besar di Indonesia, Bakrie Group. Manakala Nia pula memperoleh kekayaannya hasil daripada penglibatannya dalam dunia seni sejak kecil lagi. Berikut Murai.my tampilkan 5 bisnes yang diusahakan oleh pasangan ini seperti yang dirangkum dari Brilio.net.

CEO Stesen Televisyen Swasta

Jika dilihat pada maklumat dirinya di pautan LinkedIn, Ardi atau nama sebenarnya Anindra Ardiansyah Bakrie merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah stesen televisyen swasta, TvOne. Dalam industri media, suami Nia juga merupakan wakil Presiden Direktor PT Visi Media Asia Tbk (VIVA), yang menaungi TvOne, ANTV dan Viva Networks.

Pengerusi Badak Lampung FC

Ardi yang gemar bersukan ini juga dilaporkan sebagai Pengarah Utama pasukan bola sepak Badak Lampung FC. Selain itu, dia turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasaa Olahraga Beladiri Indonesia (KOBI).

Pemangku Pengarah PT Bakrie & Brothers Tbk

Bukan itu sahaja, Ardi juga merupakan pemangku pengarah PT Bakrie & Brothers Tbk, sebuah anak syarikat Bakrie Group yang menjalankan perusahaan automotif, bangunan, infrastruktur serta perniagaan berasaskan pembinaan.

Bisnes Makanan

Bagi Nia pula tidak kurang hebatnya. Pelakon yang terkenal menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini memiliki pelbagai perniagaan. Salah satunya dia memiliki sebuah perniagaan berasaskan bakeri yang dikenali sebagai Roti Mama Nia.

Bisnes Fesyen

Tidak hanya tertumpu pada bisnes makanan, Nia juga berkecimpung dalam perniagaan pakaian kanak-kanak, Mikha in Fashion. Sebagai info, jenama ini merupakan jenama yang diperbaharui daripaa nama sebelumnya, NRAB.

ardi bakrienia ramadhani
https://lomp.at/d9l3s
Share54Tweet34SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem