Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Bengang Bila KKM Kata Kesesakan Di CAC Adalah ‘Fake News’, Pesakit Ini Tunjuk Bukti!

by Puteri Alia
July 9, 2021
Foto - Twitter @faizol_zaman

Foto - Twitter @faizol_zaman

102
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial di mana netizen berang dengan dakwaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang menafikan keadaan sesak dengan orang ramai di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Melawati Shah Alam semalam.

Netizen Berang KKM Nafi ‘Cerita’

Ramai pengguna sosial media meluahkan rasa tidak puas hati mereka di Twitter terhadap KKM mengenai foto viral, yang menunjukan Pusat Penilaian Covid-19 sangat sesak dan orang ramai beratur panjang adalah palsu dan tidak benar.

Foto – Twitter @faizol_zaman

“@KKMPutrajaya seriuslah KKM cakap palsu?? Aku salah seorang dari mereka kot hari ini. Malah staf bertugas pun cakap hari ini hampir 2K yang daftar di Selangkah CAC ini. Weh KKM kot kasi RT gais biar semua orang tahu ini betul bukan palsu” ciap Faizol di Twitter

Selain pengguna Twitter bernama Faizol, seorang lagi pengguna twiiter yang dikenali sebagai Lim turut menyatakan foto yang tular itu adalah benar kerana dirinya sendiri berada di stadium tersebut.

Foto – Twitter @faizol_zaman/@lamyamim_

“Apa yang palsu babi? Aku pun pernah hadap semua ini sampai beratur panjang macam nak mampus dekat stadium itu. Hari ini kawan aku daftar pun penuh yang sama juga. Apa yang kau nak berahsia sangat ini” ciap Lim di Twitter

KKM Lapor Berlaku Kekeliruan?

Kecoh dengan isu foto viral di Pusat Penilaian Covid-19 yang sesak dengan orang ramai adalah palsu, KKM tampil memberi keterangan semula dengan menyatakan terdapat kekeliruan yang berlaku di pusat terbabit.

Foto – Facebook KKM

“Berlaku sedikit kekeliruan berkenaan situasi sebenar di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam yang dimuatnaik semalam. Ketiga-tiga gambar yang dikongsikan KKM adalah diambil pada hari yang sama Khamis, 8 Julai 2021.

Situasi di sebelah pagi adalah terkawal dan lengang. Namun, situasi mula sesak pada waktu tengahari dengan kehadiran positif Covid-19 untuk penilaian lanjut.” Tulis KKM di laman Facebook

Ekoran isu stadium sesak dengan orang ramai, KKM menasihati agar orang ramai untuk datang di sebelah pagi bagi mengelakkan kesesakan di pusat penilaian berkenaan.

TokTi Tak Merajuk, Tapi Kesal Difitnah-"Saya Tahu Bila Masanya Perlu Berbakti Kepada Negara"

Bukan itu saja, Kementerian Kesihatan Malaysia juga memohon maaf terhadap kekeliruan yang berlaku dan menimbulkan salah faham orang ramai.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
CovidKKMnetizen
https://lomp.at/4fg99
Share41Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem