Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Artis Bodoh”- Rita Rudaini Teruk Dikecam Gara-Gara Tidak Setuju Warga Emas Dipaksa Ambil Vaksin

Nafi bersikap anti vaksin sebaliknya Rita percaya ada ubat-ubatan yang lebih baik di luar negara.

by Khai Azfar
July 12, 2021
Share on Facebook

Pelakon Rita Rudaini teruk dikecam di media sosial gara-gara pendapatnya mengenai warga emas tidak patut dipaksa menerima suntikan vaksin COVID-19 telah mencetuskan rasa kecewa serta amarah warganet.

Hanya Dedahkan Risiko Kepada Warga Emas 

Menerusi Insta-story nya, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini binti Mokhtar,45 berkata orang ramai tidak seharusnya merisikokan ibu bapa mereka yang berstatus warga emas untuk menerima suntikan vaksin. Malah jelas Rita, ia hanya akan menyukarkan keadaan kerana ada diantara ibu atau bapa perlu diangkat dan disorong di atas kerusi roda hanya untuk menerima vaksin.

Nafi Anti-Vaksin

Susulan namanya teruk dikecam, Rita tampil membalas komen beberapa netizen yang menggelarkannya sebagai golongan anti-vaksin. Tegas Rita, dia bukan cuba untuk bersikap anti vaksin sebaliknya percaya ada ubat-ubatan yang lebih baik di luar negara.

“Vaksin ini pun belum dapat kelulusan lagi dan masih under trial until 2023.
“Kalau aku anti vaksin, takde la aku pi cucuk vaksin kat anak-anak aku dulu dan aku pun divaksin masa kecik. Tak payah gigih nak kumpul dosa kering brader.Banyak baca info dekat @ppim.offical. Ada ubat yang lebih baik yang dah terbukti kat negara luar. Cuba banyak baca jangan duk himpun orang ajak mengumpat. Tak mati dek keji, tak hidup dek puji.Kalau tak keji tak normal pula ya” komen Rita

Menjengah di ruangan komen hantaran terbaharu Rita di laman Instagram, rata-rata warganet mengecam pendapat pelakon Kerana Korona ini termasuklah ingin memboikotnya.

Terdahulu, Rita  meluahkan rasa geram dan kecewa terhadap seorang jirannya dipercayai seorang selebriti yang mendakwa dirinya dan seorang lagi rakan, Lufya Omar merupakan antara golongan anti vaksin kerana menyebarkan fakta yang tidak tepat kononnya dengan merebus bunga cengkih mampu mengelakkan diri daripada dijangkiti Virus COVID-19.

Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-"Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?"
anti vaksinrita rudaini
https://lomp.at/s3pee
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara