Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Pakai Otak Sebelum Bercakap!” – Michael Ang Bidas Pendapat Pelakon Wanita Tidak Setuju Warga Emas Dipaksa Ambil Vaksin

Kenyataan Michael turut dipersetujui oleh pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat

by Khai Azfar
July 12, 2021
Share on Facebook

Pelakon, pengacara dan pengarah terkenal, Michael Ang membidas pendapat seorang pelakon popular yang mempersoalkan mengapa warga emas perlu diberi suntikan vaksin COVID-19 berikutan hanya akan menyukarkan lagi keadaan.

Michael Ang Akui Paksa Ibu Terima Vaksin Kerana Sayang

Berang dengan pendapat tersebut, Michael menerusi sebuah hantaran di laman Instagram nya memberi contoh situasi keluarga nya yang memaksa ibu mereka untuk menerima vaksin. Tegas pengarah Angkara Cinta ini, dia dan adik-beradiknya memaksa ibu mereka berbuat demikian adalah kerana ingin melindunginya daripada jangkitan wabak yang telah meragut jutaan nyawa di dunia.

“My mom is 93 and ya kita adik-beradik paksa dia ambil vaccine!”
“Kepada artis yang tanya kenapa kita nak paksa orang tua kita pergi ambil vaccine ini sebab we love her!”
“Kita akan buat apa sahaja untuk melindungi orang yang kita sayang. Faham ke tak oh artis bijaksana” tulis Michael

Jelas Michael lagi, dia tidak kisah sekiranya seseorang itu ingin menerima vaksin mahupun sebaliknya namun dia kecewa apabila pelakon tersebut mempertikaikan tindakan orang ramai untuk melindungi ibu bapa mereka dengan menerima vaksin.

“Kau tak nak vaccine atau tak nak vaccine kan orang tua itu hak you. Tapi apa hak you nak question(mempersoalkan) kita yang nak lindungi orang yang kita sayang! Pakai otak sebelum bercakap! Phuiii!” tegas Michael

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Ayda Jebat Setuju Dengan Michael 

Menjengah ke ruangan komen, selain pengikut Michael kenyataanya itu turut dipersetujui oleh pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat yang tidak menyangka bahawa pelakon tersebut mengeluarkan pendapat sedemikian.

“Vaksin orang tua bukan untuk bawak orang tua pergi luar negara. Adui adui adui…tol damansara pun tak tentu lagi ni. Fikir jauh sikit, simpan lembab dalam tin biskut” komen Ayda

Terdahulu, Murai.my melaporkan seorang pelakon wanita teruk dikecam di media sosial gara-gara pendapatnya mengenai warga emas tidak patut dipaksa menerima suntikan vaksin COVID-19 telah mencetuskan rasa kecewa serta amarah warganet.

Michael Ang Hentam Pempengaruh Keluarkan Kata Lucah! - "You Are Damn Stupid and an Embarrassment to Malaysia!"
covid-19michael angVaksin Covid-19
https://lomp.at/h7loe
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Adira Suhaimi Kongsi Momen Backstage TTMM2, Kehadiran Jejaka Istimewa Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 29, 2026

Penyanyi, Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas berkongsi momen backstage program realiti Talk To My Manager  2 yang disertai anak perempuannya,...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
Gossip

Razzi Bersuara Isu ‘Lelaki Jangan Miskin’, Norreen Iman Beri Respon!-“Terlajak Perahu Boleh Undur, Terlajak Post..”

by Naddy Joe
May 5, 2026

Suami kepada personaliti media sosial dan pelakon, Noreen Iman iaitu Razzi Razak tampil memberi penjelasan selepas video yang dimuatnaik sebelum...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Hariz Hamdan & Tracie Sinidol Beri ‘Hint’ Sedang Bercinta?-“We’re Making It Official..”

by Naddy Joe
May 6, 2026

Pelakon, Hariz Hamdan mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen istimewa bersama pelakon, Tracie Sinidol, baru-baru ini. Hariz menerusi video yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  2. 2

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  3. 3

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara