Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Selain Presiden Haiti, 6 Pemimpin Negara Ini Mati Dibunuh Semasa Mentadbir Negara

by Puteri Alia
July 12, 2021
Foto - Thought Co/Tablet Magazine

Foto - Thought Co/Tablet Magazine

Share on Facebook

Ramai pemimpin dunia yang hebat-hebat belaka mati ditangan pembunuh menerusi cara yang tidak disangkakan, dan rata-rata para pemimpin ini dibunuh semasa mereka dalam tempoh penggal pentadbiran mereka sendiri.

Ini antara pemimpin dunia yang tewas ditangan pembunuh.

#1 Perdana Menteri India – Indira Gandhi

Foto – Thought Co

Wanita ini merupakan anak kepada Perdana Menteri pertama India, usaha gigihnya membuahkan hasil apabila dirinya berjaya menjadi Perdana Menteri ketiga India pada tahun 1980.

Tetapi pada tahun 1984 Indira ditembak mati oleh kedua orang kanannya sendiri iaitu Satwant Singh dan Beant Singh akibat daripada Operasi Bintang Biru.

#2 Presiden Burundi – Cyprien Ntaryamira

Foto – Alchetron

Kematian Presiden Burundi ini cukup tragis, kapal terbang yang sepatutnya dapat mendarat dengan baik dibom oleh peluru berpandu pada 6 April 1994.

Walhal Cyprien baru saja dilantik menjadi Presiden Burundi pada 5 Februari 1994, tetapi ajal telah menjemputnya dahulu sebelum sempat dirinya berbakti kepada negara lebih lama.

#3 Presiden Amerika Syarikat – John F. Kennedy

Foto – The New Yorker

Nama presiden yang cukup terkenal dalam sejarah Amerika Syarikat, President Kennedy mati dibunuh ketika melakukan konvoi di sepanjang jalan Daeley Plaza, Dallas di Texas.

Kennedy yang baru saja menjawat jawatan sebagai presiden pada 20 Januari 1963, meninggal dunia tidak lama selepas pertabalannya sebagai Presiden.

#4 Perdana Menteri Armenia – Vazgen Sargsyan

Foto – Wikipedia

Perdana Menteri Armenia ini dibunuh semasa dalam sidang parlimen yang diadakan pada 27 Oktober 1999, sekumpulan orang memasuki dewan parlimen dan melepaskan tembakan terhadap ahli sidang termasuklah Vazgen.

Vazgen yang ditabalkan sebagai Perdana Menteri kelapan Armenia pada 11 Jun 1999 ini, hanya dapat berkhidmat beberapa bulan sebelum ditembak mati oleh pengganas.

#5 Presiden Haiti – Jovenel Moise

Foto – Daily Sabah

Dunia meratapi pemergian Presiden Haiti baru-baru ini, Presiden Jovenel Moise ditembak mati dikediamannya sendiri oleh sekumpulan pembunuh upahan profesional yang menyamar sebagai agen Penguatkuasa Dadah dari Amerika Syarikat.

Jovenel yang dilantik sebagai Presiden pada Februari 2017 ini, meninggal dunia sebelum tamat tempoh pentadbirannya.

#6 Presiden Rwanda – Juvenal Habyarimana

Foto – Wikipedia

Presiden dari Rwanda ini meninggal dunia dalam kapal terbang yang sama dinaiki oleh Presiden Burundi, terdapat konspirasi yang menyatakan kejadian tersebut ada kaitan dengan etnik Tutsi dari Rwanda sendiri.

#7 Perdana Menteri Israel – Yitzak Rabin

Foto – Tablet Magazine

Presiden Israel ini ditembak mati pada tahun 1995 ketika menghadiri sebuah program umum di Kings of Israel Square, Yitzak menjawat jawatan sebagai Presiden Israel pada tahun 1992 dan hanya dapat berkhidmat selama empat tahun.

Tak sangka presiden dan perdana menteri ini mati semasa bertugas dalam penggal pentadbiran mereka sendiri, walau banyak macam mana pun pengawal yang menjaga tetapi mereka tetap tumpas ditangan pembunuh!

Dibunuhpemimpin dunia
https://lomp.at/x8hw4
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
LifeXplore

Dulu Temani Kita Di Berita Malam, Kini Amin Hayat Bina Misi Baharu

by Phic ARMAN
January 4, 2026

MURAI percaya, ada suara yang tidak mudah dilupakan. Salah satunya ialah Amin Hayat Abd Rahim , figura yang sekian lama menemani rakyat...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore