Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update

Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

by Phic ARMAN
July 20, 2026
94
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas tujuh tahun melalui episod yang cukup mencabar dalam hidupnya, pelakon Zizie Izette akhirnya boleh menghela nafas lega apabila dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada tiga pertuduhan bersubahat menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Daripada video yang dimuatnaik oleh media tempatan di media sosial,  Zizie dilihat tenang, namun kata-kata yang diluahkannya jelas menggambarkan beban yang sudah lama dipikul akhirnya terlerai.

“Hanya Allah Yang Tahu…”- Zizie Izette

Menurut Zizie, bukan mudah untuk menyimpan segala rasa sepanjang tempoh tujuh tahun itu kerana dia sememangnya seorang yang tidak gemar berkongsi hal peribadi kepada umum.

“Hanya Allah yang tahu, saya seorang yang tidak suka bercerita, tidak suka bercakap tentang kehidupan saya, privasi saya… cukuplah tujuh tahun saya memendam rasa dan Alhamdulillah.”

Zizie Izette akhirnya boleh menghela nafas lega apabila dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini
VIA NST

Ringkas, tetapi cukup memberi gambaran bahawa perjalanan yang dilaluinya bukan sesuatu yang mudah. Kadang-kadang, orang hanya melihat apa yang berlaku di luar, tetapi tidak mengetahui apa yang ditanggung di sebalik senyuman.

Fokus Besarkan Lima Anak

Kini, fokus utama Zizie hanyalah meneruskan kehidupan bersama lima orang anak yang menjadi keutamaannya.

“Saya akan teruskan kehidupan. Saya mempunyai tanggungjawab yang besar, lima orang anak yang perlu saya pikul. Saya ibu tunggal sekarang ini… tujuh tahun, Alhamdulillah, akhirnya berpihak kepada kami,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon itu turut mengakui sepanjang melalui ujian tersebut, dia sentiasa membayangkan arwah suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, sentiasa berada di sisinya memberi kekuatan.

Topik Berkaitan "Saya Harus Kuat Demi Anak-Anak.."-Zizie Izette

Zizie Izette akhirnya boleh menghela nafas lega apabila dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini

Bagi MURAI, bukan mudah untuk seseorang berdepan proses mahkamah yang berlarutan selama bertahun-tahun. Sama ada figura terkenal mahupun orang biasa, situasi seperti ini pastinya memberi kesan kepada emosi, keluarga dan kehidupan seharian.

@utusantvofficial

20 JUL 26: PELAKON Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad meluahkan rasa syukur dan lega selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskannya daripada tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah, sekali gus menamatkan penantian selama tujuh tahun yang disifatkannya penuh dengan ujian. Dalam sidang media sejurus keputusan mahkamah diumumkan, Zizie berkata, beliau kini hanya mahu meneruskan kehidupan seperti biasa dan memberi sepenuh perhatian kepada tanggungjawab membesarkan lima anaknya sebagai ibu tunggal. Klik kotak hijau untuk berita lanjut.📰 #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #zizieizette #jalanihidup #sepertibiasa

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Apa pun, episod itu kini sudah berakhir buat Zizie. Mungkin inilah masa untuknya membuka lembaran baharu, memberi tumpuan kepada keluarga dan meneruskan kehidupan dengan lebih tenang. Semoga selepas segala yang berlaku, fasa baharu ini benar-benar membawa ketenangan buat dirinya dan anak-anak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
bung moktarZizie Izette
Share38Tweet24SendShare

KINI TRENDING

Update

4 Mayat Ditemui Dalam 72 Jam, Ini 5 Fakta Kes Jeju Yang Mengejutkan Korea Selatan

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Siapa sangka di sebalik keindahan Jeju yang cukup popular dalam kalangan pelancong, kini muncul satu kes yang mengundang persoalan ramai?...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Update

Bukan Sekadar Buka Cawangan Baharu, KESS Perkasa Komuniti Anak Istimewa Bersama PRISMA

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Satu lagi langkah positif dalam usaha memperkasakan komuniti anak istimewa apabila Pertubuhan Ibu Bapa Anak Anak Istimewa Malaysia (PRISMA) dan...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara