Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Polis Dedah Nia Ramadhani Pernah Ambil Syabu Ketika Penggambaran Sinetron

Berdasarkan pengakuan awal, Nia Ramadhani dikatakan telah mengambil dadah tersebut sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

by Naddy Joe
July 12, 2021
via Instagram @ramadhaniabakrie

via Instagram @ramadhaniabakrie

48
KONGSIAN
Share on Facebook

Aktres Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie kini melalui proses undang-undang setelah setelah ditahan polis kerana penyalahgunaan dadah. Berdasarkan pengakuan awal, Nia Ramadhani dikatakan telah mengambil dadah tersebut sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Polis Dedah Nia Ramadhani Sempat Ambil Dadah Di Awal Karier Dalam Dunia Hiburan

via Instagram @ramadhaniabakrie

Dipetik dari Kumparan, Nia Ramadhani telah mengetahui dan sempat mengambil dadah ini sejak awal kariernya dalam dunia hiburan. Hal inti turut didedahkan oleh Kasat Narkoba Polres Metro Jakarta Pusat, Kompol Indraweny Panjiyoga,

“Dulu dia sempat mengambil dadah ketika dia menjalani penggambaran dulu.”-Indraweny Panjiyoga

Pernah Ambil Dadah Ketika Jalani Penggambaran

via Instagram @ramadhaniabakrie

Menurut Indraweny Panjiypga, Nia Ramadhani mengambil dadah jenis syabu ketika menjalani penggambaran sinetron. Walaubagaimanapun, ibu kepada tiga orang anak ini sempat berhenti dan mengambil semula dadah tersebut beberapa bulan kebelakangan ini.

“Pastinya, pada saat mulai lagi sibuk shooting, ya. Dia sempat menggunakannya, terus dia berhenti, dan baru sekarang mulai lagi beberapa bulan ini.”-Indraweny Panjiyoga

Kasat Narkoba Polres Metro Jakarta Pusat turut mendedahkan bahawa Nia Ramadhani telah mengambil dadah terlebih dahulu, sebelum disertai suaminya, Ardi Bakrie.

“Ya, lebih dulu Nia intinya.”Indraweny Panjiyoga

via Kumparan

Mengilas kembali, Nia Ramadhani ditangkap oleh pihak polis di rumahnya yang terletak di kawasan Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, pada petang Rabu (7/7), dengan 0.78 gram dadah jenis syabu bersamanya. Selain itu, pemandu Nia Ramadhani juga turut ditangkap oleh pihak polis.

Pada malam harinya, Ardi Bakri datang menyerah diri di Polres Metro Jakarta Pusat (Central Jakarta Metro Police). Ketiga-tiganya kemudian melalui ujian air kencing dan disahkan positif dadah jenis syabu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ardi bakrienia ramadhani
https://lomp.at/514jz
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem