Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Ramai Bimbang Termasuk Selebriti! Berikut 5 Fakta Berkaitan Penutupan PPV IDCC Shah Alam

Ditutup selama sehari setelah kakitangan di PPV didapati positif COVID-19.

by Naddy Joe
July 13, 2021
via Sinar Harian

via Sinar Harian

Share on Facebook

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama sehari setelah kakitangan di PPV didapati positif COVID-19.

PPV IDCC Shah Alam  Ditutup Selama Satu Hari

Menerusi laman Facebook IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam membuat pengumuman penutupan sementara pusat pemberian vaksin Ideal Convention Centre (IDCC) selama satu hari.

“Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) ingin memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada 13 Julai susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.”- @Vaksin COVID-19

Janji Temu Pada Hari Tersebut Akan Dijadualkan Semula

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) turut memaklumkan bahawa janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semua kepada satu tarikh yang akan dimaklum secepat mungkin.

Orang Ramai Yang Hadir Bagi Vaksinasi Diminta Pantau Gejala Selama 10 Hari

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) turut meminta orang ramai yang telah hadir bagi vaksinasi di IDCC untuk memantau gejala COVID-19.

via Twitter

“Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF menyarankan kepada mereka yang telah hadir bagi vaksinasi di IDCC pada 9 Julai daripada pukul 4 petang untuk memantau gejala selama 10 hari.”-CITF

Orang Ramai Diminta Hadir Dapatkan Vaksin Seperti Biasa Selepas Ini

via BERNAMA

Menerusi laman Twitter, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19, Khairy Jamaluddin menyeru orang ramai untuk hadir ke temu janji mereka di PPV IDCC seperti biasa selepas ini di samping mematuhi SOP  dan penjarakan fizikal sepanjang masa.

via Twitter

“Saya ingin menyeru orang ramai untuk hadir ke janji temu mereka di PPV IDCC seperti biasa selepas ini di samping mematuhi SOP dan penjarakan fizikal sepanjang masa, datang mengikut masa yang diberikan serta terus pulang selepas selesai urusan vaksinasi.”-Khairy Jamaluddin

Che Ta Luah Rasa Bimbang Suaminya Bakal Dapatkan Vaksin di PPV Berkenaan

via Instagram @rozitachewan1

Berikutan terdapat kes positif di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenal sebagai Che Ta meluahkan rasa bimbang disebabkan suaminya, Zain Saidin akan menerima vaksin di pusat berkenaan kelak.

“Betui-betui qasa tak selamat dah ni!”-Che Ta

https://www.instagram.com/p/CRQFHC_jpQp/

[KEMASKINI]

via Twitter

204 petugas di PPV IDCC Shah Alam positif Covid-19 selepas saringan beramai-ramai pada 10 Julai. Orang ramai yang hadir untuk vaksinasi di IDCC Shah Alam pada 9, 10, 11 dan 12 Julai diminta laksana kawalan kendiri selama 10 hari,

Please stay safe okay!

ppv idcc shah alam
https://lomp.at/xxx0d
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara