Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Rozita Che Wan Bimbang Petugas Pusat Vaksin Disahkan Positif, Zain Bakal Divaksin Tempat Yang Sama

Zain Saidin bakal menerima suntikan vaksin di pusat berkenaan kelak.

by Khai Azfar
July 13, 2021
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada awal pagi tadi, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan memaklumkan Pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, akan ditutup hari ini(Selasa) susulan terdapat kes positif COVID-19 yang dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan.

Che Ta Bimbang

Dalam pada itu, pelakon terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta meluahkan rasa bimbang berikutan  suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin bakal menerima suntikan vaksin di pusat berkenaan kelak. Menerusi laman Instagram nya, Che Ta akui berasa seperti sudah tidak selamat setelah mengetahui mengenai berita tersebut.

“betui- betui qasa tak selamat dah ni!” tulis Che Ta

Di ruangan komen, pelbagai pendapat telah diberikan oleh pengikut pelakon ini. Ada yang turut berasa risau dan tidak kurang juga berkongsi kata-kata semangat buat Che Ta dan suami kerana menyifatkan risiko untuk dijangkiti wabak berkenaan kini berada di mana-mana sahaja.

“Risiko jangkitan ada di mana-mana.. Allahhuakbar…semoga dipermudahkan” tulis salah seorang pengikutnya

https://www.instagram.com/p/CRQFHC_jpQp/

Galakkan Buat Ujian Saringan 

Dalam pada itu,kerja-kerja sanitasi akan dijalankan di IDCC dan menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga semalam(12 Julai 2021) untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan COVID-19.

[KEMASKINI] 

 Seramai 204 petugas pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam, Selangor disahkan positif Covid-19. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes positif Covid-19 itu dikenal pasti selepas ujian saringan beramai-ramai dilakukan terhadap kesemua 453 petugas.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
“Suami Sendiri Buaya Lapar"-Che Ta Tempelak Isteri Yang Salahkan Penyondol 100%
covid-19IDCCPusat Vaksinrozita che wan
https://lomp.at/0amzc
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem