Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Mona Din ‘Geram’ Dengan Dakwaan Siti Bainun, Kongsi Sifat Sebenar Bella

by Zaidin Albert
July 13, 2021
Share on Facebook

Kisah sedih mengenai remaja perempuan OKU bernama Bella yang dipercayai didera dan tular di media sosial baru-baru ini telah menarik perhatian netizen. Penderaan yang terjadi kepada Bella telah dibongkar oleh seorang sukarelawan, Mona Din di laman facebooknya.

Sementara itu, Mona Din yang juga merupakan seorang usahawan turut menafikan  dakwaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang mengatakan Bella seorang yang degil dan tidak mendengar kata.

Dalam posting berbeza di akaun Facebook Mohd Fadli Salleh, Mona berkongsi sikap sebenar Bella yang ramai tak tahu.

Sebuah video menunjukkan telatah Bella telah dimuatnaik dalam hantaran tersebut.  Menurut Fadli, Mona yang merupakan sukarelawan Rumah Bonda sempat menjaga Bella lebih kurang 4 bulan, berkata Bella sangat rajin.

“Rajin lipat kain, rajin mengemas rumah. Dia akan ada satu botol air yang khas untuk dia minum. Adik Bella memang kuat minum air. Sedih sangat mengenangkan adik Bella dipaksa makan cili tanpa diberi air. Sedangkan waktu biasa pun adik Bella kuat minum air.
Adik Bella ni sangat manja dan penyayang.”

“Dia sangat sayangkan budak-budak. Sampaikan ada baby Down Syndrome umur 7 bulan masa tu kat Rumah Bonda, dia yang jaga. Jaga dengan penuh kasih sayang. Anak Down Syndrome jaga baby Down Syndrome. Comel kan?”

Tambah Mona lagi,  Bella suka dengan alat make-up dan mendandan dirinya.

“Haaa, jangan tak percaya. Sukarelawan ada belikan Bella barang make up bila tahu adik Bella minat. Nanti dia suruh kakak-kakak penghuni make up kan. Pastu suruh amik gambar. Comel kan? “

Mona juga mendedahkan bahawa Bella merupakan anak yang patuh kepada waktu solat.

“Time solat dia sangat patuh. Maybe di RKK Seremban dah biasa rutin solat tu. Dia paling awal pakai telekung bila dengar azan.”

Walaubagaimanapun, Fadli sangat-sangat berharap pihak polis ambil tindakan segera. Ini ikerana masih ada anak-anak dibawah jagaan dia perlu diselamatkan.

“Keadilan untuk adik Bella mesti kita dapatkan. Kes penderaan adik Bella perlu diperjuangkan. Saya takkan berhenti membongkar selagi pendera tidak ditangkap dan tidak dikenakan hukuman.”- tulisnya Fadli di Facebook dengan mendapat lebih dari 8 ribu perkongsian dari netizen.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bellaMona Dinsiti bainun
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara