Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Pesanan Terakhir Arwah Bapa Ebit Lew Buat Ramai Sebak!

Rata-rata pengikutnya turut tersentuh apabila melihat Ebit tenang menguruskan jenazah bapanya

by Khai Azfar
July 14, 2021
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada petang Selasa, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew telah memaklumkan bapanya yang tercinta, Ibrahim Lew telah pergi buat selama-lamanya selepas tahap kesihatannya semakin merosot sejak kebelakangan ini berikutan menghidapi penyakit kanser perut.

Kongsi Pesanan Terakhir Arwah Bapa 

Telah selamat dikebumikan pada malam tadi, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36 berkesempatan untuk berkongsi pesanan terakhir bapanya yang membuatkan ramai pengikut Ebit di laman Instagram berasa sebak.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Akui mulai rindu bapanya, Allahyarham Ibrahim telah berpesan pada Ebit sebelum ini supaya tidak merisaukan keadaannya dan teruskan berdakwah serta berbuat baik terhadap orang ramai.

“Ya Allah, rindunya. Sangat rindu. Pesan akhirnya buat saya; Ebit jangan risaukan bapak ya, teruskan kerja bantu orang lain. Teruskan dakwah dan buat baik.

“Bapak tak pernah nak apa-apa. Tak nikmati hidup ini pun. Semuanya diberi kepada orang lain,” pesan Ibrahim seperti yang ditulis Ebit

Ramai Tersentuh 

Dalam hantaran tersebut,rata-rata pengikutnya turut tersentuh apabila melihat Ebit tenang menguruskan jenazah bapanya hampir segala-galanya bermula dari saat imamkan solat jenazah, di dalam van jenazah sehingga lah ke dalam liang lahad.

“Ya Allah, ampuni dan redalah atasnya. Hadiahkan syurga Firdaus buatnya. Jadikanlah ini semua asbab kebaikan dan hidayah seluruh alam. Insya-Allah nanti kita jumpa dan bersama semula di sana,” tulisnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Terdahulu, Murai.my melaporkan sekembalinya dari bumi Gaza,Ebit diuji dengan berita sedih apabila pihak hospital telah memaklumkan penyakit kanser perut yang dialami oleh bapanya berada di tahap terakhir.

Sumbangan Secara Diam Diam Siti Nurhaliza Buat Ustaz Kazim Raih Pujian Warganet
bapa ebit lewEbit Lew
https://lomp.at/kx838
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem