Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Tak Perlu Ada Sosial Media, IG Isteri Saya Pun Dah Viral”- Nazri Aziz

by Puteri Alia
July 14, 2021
Foto - Instagram @haflinnazriaziz

Foto - Instagram @haflinnazriaziz

122
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial Datin Seri Haflin Saiful yang berkongsi kritikan suaminya Datuk Seri Nazri Aziz mengenai situasi politik di Malaysia, apabila netizen tidak henti-henti memberi kecaman hingga mengaitkan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas.

Anda Yang Undi, Bukan Saya – Datin Seri Haflin

Melihat kecaman netizen yang bermula dari isu menghantar anaknya ke Paris atas tujuan pendaftaran persekolahan, sehingga mengaitkan suaminya dalam drama politik di Malaysia.

Haflin tidak berdiam diri, dan memberi pandangannya mengenai drama politik yang sedang hangat dibicarakan di Malaysia ketika ini.

Foto – Instagram @haflinnazriaziz

“Kalau PH GOMEN (Kerajaan Pakatan Harapan) tak fail (gagal) tak adalah 22 bulan saja. ANDA undi! Bukan saya.” Tulis Datin Seri Haflin

Dalam pada itu, Haflin juga berkongsi kenyataan Nazri yang mendakwa suaminya tidak perlukan sosial media untuk jadi popular.

“Ya saya tidak perlukan sosial media, KENAPA? Sebab saya dah popular. Hari ini sahaja, tak sampai 6 jam, 2 positng saya di IG Story isteri saya dah ditularkan oleh NST. Ini kerana mereka buat duit dari populariti saya. Jadi kenapa saya perlukan sosial media?”-kata Nazri yang dikongsikan di IG Story Haflin.

Saya Bukan Lagi Menteri Kabinet – Datuk Seri Nazri Aziz

Berikutan itu, Haflin turut berkongsi mesej kritikan suaminya sendiri mengenai isu drama politik yang mengaitkan tugaskan sebagai ahli politik.

“ANDA undi kerajaan PH yang gagal di PRU14. Sejak 2018, saya BUKAN lagi Menteri Kabinet. Saya tidak didakwa di mahkamah atas sebarang tindakan merasuah dan menyalah guna kuasa.

Jadi bagaimana saya boleh gunakan duit rakyat untuk berbelanja di Perancis? Bagitahu SAYA.” Tulis Datuk Seri Nazri di Instagram milik isterinya

Foto – Instagram @haflinnazriaziz

Dan dalam masa yang sama, Datin Seri Haflin juga memuatnaik foto bahawa suaminya tidak lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kebudayaan dan Pelancongan sejak tahun 2018 lalu.

Jangan Ajar Saya Bagaimana Nak Berkhidmat Untuk Rakyat Padang Rengas

Tambahan lagi, Datuk Seri Nazri sendri berkongsi bagaimana dirinya tidak pernah kalah setiap kali bertanding sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas sejak tahun 1995 sehingga sekarang.

Ahli Parlimen ini juga menyatakan dirinya tidak perlu sesiapa untuk mengajarnya, bagaimana hendak untuk berkhidmat untuk rakyat di kawasan tersebut.

Foto – Instagram @haflinnazriaziz

“Saya terpilih sebagai Ahli Parlimen untuk Padang Rengas pada 1995, saya sejak itu telah bertanding untuk kawasan yang sama selama 6 penggal TANPA KALAH dengan majoriti. ianya adalah kerusi luar bandar dengan 80% pengundi adalah Melayu, Muslim dan Penduduk kampung.

Jadi jangan ajar saya bagaimana nak berkhidmat dan bekerja untuk rakyat saya di PADANG RENGAS. BUKAN untuk anda dan SAYA TIDAK kisah.” Tulis Datuk Seri Nazri lagi

Meskipun pasangan politik ini telah memberi pandangan dan kritikan mereka mengenai drama politik di Malaysia, namun rata-rata rakyat Malaysia berterusan mengecam mereka gara-gara berjalan ke luar negara masa pandemik ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
datin seri haflin saifuldatuk seri nazri azizKerajaan PHMenteri KabinetpolitikPRU14Undi
https://lomp.at/wwesy
Share49Tweet31SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem