Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Peluang Untuk Pelajar & Graduan Fesyen! Hatta Dolmat Ajak Sertai KL Young Designer Award 2021

by Soph Azz
July 15, 2021
Share on Facebook

Pereka fesyen tanah air, Hatta Dolmat bersama KL Young Designers Association telah mengumumkan penganjuran acara KL Young Designer Award (KLYDA) 2021 bermula Julai ini.

“Secara peribadi, KL Young Designer Award 2021 adalah salah satu usaha baru bagi industri fesyen tempatan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar jurusan fesyen”, ujar Hatta Dolmat.

Siapa Yang Boleh Sertai? 

Hasil kerjasama dua hala dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), acara ini boleh disertai oleh:

  • Semua pelajar jurusan fesyen akhir tahun
  • Graduan jurusan fesyen yang mempunyai pengalaman profesional kurang dari 1 tahun.

View this post on Instagram

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_)

Untuk menyertai pertandingan ini, para peserta perlu mengikuti tema yang ditetapkan iaitu ‘Exclusive Finest Sustainable Garment‘ yang berdasarkan rekaan bahan kitar semula.

KLYDA GALA FINALE

Menerusi pertandingan ini, para peserta perlu tampil kreatif dengan rekaan yang berasaskan bahan kitar semula. Pertandingan ini juga memberi peluang kepada 10 finalis bagi mempersembahkan koleksi mereka di KLYDA GALA FINALE pada bulan November.

Manakala bagi pemenang utama, finalis berpeluang mempersembahkan koleksi di Hatta Dolmat Earthrise Exhibition hasil kerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Selain koleksi didedahkan ke peringkat lebih luas, pemenang berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai serta menerima bimbingan perniaagaan daripada MaGIC .

View this post on Instagram

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_)

Pada masa yang sama, 10 finalis akan menerima pendidikan berpandukan model yang disediakan oleh pihak KLYDA. Mereka akan menerima bimbingan reka bentuk fesyen yang berterusan dari Hatta Dolmat, faedah keahlian eksklusif KL Young Designers Association, bimbingan berkala dari MaGIC dan koleksi mereka disahkan sebagai hasil rekaan mesra alam oleh Global Recyled Standard.

Cara Penyertaan

Bagi menyertai pertandingan ini, pemohon perlu menghantar gambar hasil rekaan terbaik mereka ke klyda.malaysia@gmail.com .

Hasil rekaan terbaik akan dinilai oleh panel juri (Hatta Dolmat, Penyunting Media Fesyen, Pensyarah Fesyen dan Mentor MaGIC) berdasarkan faktor kelestarian, kebolehpasaran serta keaslian.

View this post on Instagram

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_)

Sebarang informasi tambahan, pemohon boleh melayari laman web www.hattadolmat.net/klydaward . Pendaftaran dibuka daripada 16 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hatta Dolmatkl young designer award 2021kl young designers associationklyda 2021
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Tanoti
Fesyen

Alat Tenun Kepada Gaya Hidup, Tanoti Bawa Tradisi Kraf Hidup Borneo Ke Kuala Lumpur

by Nurul A.
August 11, 2026

Lembaran paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 14 tahun, Tanoti menyaksikan perusahaan sosial Sarawak membuka kedai pop-up ISETAN KLCC, meluncur di...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
Foto - PUMA
Fesyen

Rosé & PUMA Bergabung Tenaga, Lancar Speedcat Mule Baharu Yang Sangat Chic!

by Nurul A.
June 23, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Rosé tampil bergabung tenaga dengan PUMA, memperkenalkan Speedcat Mule. Kolaborasi ini merupakan evolusi luar biasa yang menggabungkan...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara