Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Kalau Nak Kompaun, Kompaun Saya!”- Syed Saddiq Kecewa Pejabat Diarah Tutup, Ini Kata Polis Johor

by Zaidin Albert
July 14, 2021
46
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari ini,  Syed Saddiq mengumumkan bahawa polis telah mengarahkannya untuk menutup pejabat kawasan parlimen Muarnya mulai hari ini.

Ahli Parlimen Muar yang berusia 28 tahun itu menyuarakan rasa tidak senangnya dengan perintah penutupan itu dan menekankan bahawa dia selalu menolong mereka yang sedang  dalam kesusahan, lapar dan sakit.

Foto: Syed Saddiq

Difahamkan pejabat ditutup kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini kerana terlalu ramai yang beratur di luar pejabat untuk mendapatkan bantuan.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/07/IMG_9430.mp4

“Saya diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok. Polis kata terlalu ramai orang beratur di luar pejabat. Saya tak boleh halang orang susah & lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya. Kalau nak kompaun, kompaun saya!! Jangan tambah beban rakyat Muar!!”- tulisnya di laman twitter peribadinya.

Permohonan Syed Saddiq hanya agihan dari rumah ke rumah, bukan di Pejabat Parlimen

Sementara itu, dipetik dari Utusan Malaysia, ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan untuk menghentikan program serahan bantuan di pejabat berkenaan dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Muar.

Jelas beliau, arahan itu dibuat kerana pegawai kesihatan melihat program yang dihadiri seramai lebih 100 orang itu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

“Saya difahamkan permohonan ada dibuat, tetapi permohonan itu untuk mengedarkan bakul makanan dari rumah ke rumah, tetapi apa yang berlaku adalah pengedaran barangan dibuat di Pusat Khidmat Parlimen Muar.”-katanya.

Foto: Syed Saddiq

Terdahulu, Syed Saddiq dalam laman Facebooknya memberitahu tidak sampai hati menolak kehadiran masyarakat Muar yang memohon bantuan kerana itu merupakan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.

Syed Saddiq Sudah Masuk Meminang? Bella Astillah Beristighfar Saat Ditanya Status Pertunangan
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
syed saddiq
https://lomp.at/iisxj
Share18Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem