Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Demi Kesihatan Mental, Pengasas myBurgerLab Umum Semua Restoran Ditutup

by Puteri Alia
July 15, 2021
Foto - Facebook myBurgerLab

Foto - Facebook myBurgerLab

54
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di sosial media myBurgerLab di mana pengasas restoran makanan segera itu mengumumkan bahawa semua restoran burger akan ditutup buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada para pekerjanya untuk berehat.

Restoran Tutup Lima Hari

Dipetik dari Instagram myBurgerLab, pengasasnya Renyi memutuskan untuk menutup ketujuh-tujuh restoran burgernya selama lima hari bermula dari 26 Julai sehingga 30 Julai 2021 ini nanti.

Foto – Facebook & Instagram myBurgerLab

Beri Peluang Untuk Seluruh Staf myBurgerLab Berehat

Renyi juga menyatakan seluruh stafnya dari pekerja bahagian operasi, bahagian dapur sentral dan staf sokongan di pejabat utama, semuanya akan berehat selama lima hari tersebut.

Foto – Facebook myBurgerLab

Sejak PKP 1.0 myBurgerLab Tidak Berhenti Beroperasi

Pengasas myBurgerLab ini menyatakan mereka tidak berhenti bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 lagi, dan mereka banyak mengeluarkan strategi yang berbeza untuk terus hidup sepanjang tahun 2020.

Foto – Instagram myBurgerLab

“Ketika PKP 1.0 diperkenalkan kami mencari jalan keluar bersama penyelesaian, bagi menghadapi cabaran yang ditempuhi dengan pelbagai strategi yang berbeza untuk kekal hidup.

Berkat usaha semua orang dan sokongan dari kawan serta penyokong (anda), kami berjaya mengharungi tahun 2020″ tulisnya di Facebook

Berasa Mentaliti Dikalahkan

Dan apabila memasuki tahun 2021, Renyi menyatakan pasukannya melawan pandemik secara bersemangat sehinggalah pada suku pertama dan suku kedua tahun ini.

Namun apabila berita kes harian mencecah sehingga 11,000 ribu lebih, Renyi menyatakan mentaliti mereka kalah untuk menghadapi semua ini. Apatah lagi, pelanggan tidak dibenarkan makan dalam restoran sehinggalah negara berada di fasa ketiga.

Foto – Instagram myBurgerLab

483 Hari Staf myBurgerLab Berjuang Tanpa Henti

Renyi juga berkongsi sepanjang 483 hari myBurgerLab beroperasi, seluruh stafnya dari bahagian sumber manusia, kewangan, pemasaran, stor operasi, dan bahagian dapur tidak berhenti bekerja semasa pandemik ini.

Berikutan itu dengan penutupan sementara myBurgerLab ini, Renyi berharap para pekerjanya dapat menjaga kesihatan mental mereka.

Foto – Instagram myBurgerLab

Apa-apa pun semoga myBurgerLab kembali dengan semangat baru selepas berehat pada hujung bulan ini nanti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
myBurgerLabTutup Sementara
https://lomp.at/q1vt1
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem