Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Tohmah Orang Sana Sini Konon ‘Fight For Justice’- Peguam Siti Bainun Tegur Netizen?

by Zaidin Albert
July 18, 2021
446
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, tersebarnya satu kenyataan media dikeluarkan oleh Peguambela & Peguamcara bagi pihak pemilik Rumah Bonda, untuk memberikan fakta dan penjelasan bagi pihak Siti Bainun.

Foto – Facebook Siti Bainun

Dalam kenyataan media yang disiarkan di portal Gempak, peguam mewakili  Bainun, Nur’Aminahtul Mardiah Md. Nor  menjawab lapan spekulasi dan fitnah di media sosial.

Sementara itu menurut tinjauan kami di akaun twitter Nur’Aminahtul dengan @minmdnor, dia telah mengeluarkan beberapa tweet berkaitan dengan kes penderaan adik Bella.  Salah satunya, dia menasihati orang ramai supaya tidak menuduh anak guamnya tanpa ada bukti kerana ia boleh menganaiya orang yang tak bersalah.

Sumber: Twitter @minmdnor

“Bercakap tanpa fikir. Tanpa bukti. Tohmah orang sana sini konon fight for justice sampai lupa aniaya orang itu satu dosa. Yang lawyer pun bukan main komen up status. Lupa ke innocent until proven guilty (tidak bersalah sehingga terbukti bersalah)? Memalukan.”- tulisnya.

‘Klien yang korang bela selama ni baik sangat ke sampai korang pilih kes mana yang bersalah terus kes mana yang tidak bersalah hingga terbukti bersalah?’

Tambahnya lagi, dia mempersoalkan bagaimana orang luar boleh membuat spekulasi mendakwa kes melibatkan anak guamnya ada menggunakan orang dalam atau cable. 

“Yang public konon fight for justice pastu kata orang tu ada kabel bagai mana korang dapat info apa nak jadi next? Sape yang ade kabel emas sebenarnya? Kenapa inside info kau boleh tau?”

Dalam tweet yang berbeza, Nur’Aminahtul juga mempersoalkan mengapa individu yang mempertahankan golongan kanak-kanak boleh menyebarkan gambar dan video penderaan adik Bella. Ini kerana indakan penyebaran gambar-gambar serta video yang menunjukkan tubuh remaja berkenaan adalah melanggar peruntukan undang-undang yang digariskan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001.

“Yang fight for children konon pulak pegi sebar gambar / video children. Tak ke bodoh namanya?”

Terdahulu seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Aminahtul berkata, tindakan anak guamnya berdiam diri itu atas nasihatnya. Namun ia telah membuka ruang ramai pihak mengambil kesempatan dalam membuat pelbagai spekulasi, fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Tambahnya lagi,  merujuk kepada isu berkaitan penderaan yang dilakukan ke atas adik Bella, pendirian anak guamnya masih kekal bahawa tiada sebarang penderaan berlaku.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
adik bellasiti bainun
https://lomp.at/4ixs8
Share178Tweet112SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem