Monday, August 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ini 5 Fakta Penting Yang Dikeluarkan Oleh Polis Mengenai Kontroversi Ebit Lew & Caprice

by Soph Azz
July 19, 2021
Foto - TV3 / Berita Harian

Foto - TV3 / Berita Harian

142
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu kontroversi melibatkan penyanyi rap Caprice dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew semakin hangat diperkatakan. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihaknya tidak menerima sebarang laporan tentang isu tersebut pada ketika ini.

Berikut adalah 5 fakta penting yang dikeluarkan oleh pihak PDRM mengenai isu kontroversi melibatkan Caprice dan Ustaz Ebit Lew.

Pihak PDRM Peka Dengan Tindakan Caprice 

Dipetik daripada Kosmo, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan mengakui pihaknya menyedari akan tindakan penyanyi rap tersebut.

Foto – Berita Harian

Beliau berkata pihaknya mengesan Caprice telah mempersoalkan tindakan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ketika menjalani misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini di media sosial.

Tiada Laporan & Kertas Siasatan Tidak Dibuka 

Ujar Pengarah JSJ, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai isu di antara penyanyi rap dan pendakwah bebas itu. Malah sebarang kertas siasatan juga tidak dibuka bagi menjalani siasatan terhadap isu tersebut.

Pihak PDRM ‘Warning’ Orang Awam 

Pada masa yang sama, Pengarah JSJ dan PDRM juga meminta orang awam untuk tidak menyebarkan apa-apa maklumat atau membuat kenyataan mengenai isu ini.

“Orang awam dinasihati untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan yang berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang kerana ia merupakan satu kesalahan”, dedah Pengarah JSJ.

Boleh Disiasat Atas Dakwaan Memfitnah Dan Sengaja Mengaibkan

Isu yang tular ini boleh dikategorikan sebagai tindakan menyebar atau membuat kenyataan fitnah serta sengaja mengaibkan dengan niat untuk mempecah belahkan keamanan negara.

Foto – The Star

Ujarnya Datuk Seri Abd. Jalil, isu ini boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Boleh ‘Dianggap’ Sebagai Perbuatan Khianat 

Tambah Datuk Seri Abd. Jalil, perbuatan ini boleh juga disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu menyebarkan atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan perbuatan khianat awam.

Netizen Dakwa Ada Perkara Lain Yang Lebih Mengejutkan Selain Ganguan Seksual oleh CEO Batu!

Tambahnya situasi ini juga boleh disiasar di bawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 disebabkan berlaku penggunaan yang tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Apa-apa pun, Murai MY berharap pembaca tidak memperbesarkan isu ini dan biarkan pihak yang bertanggungjawab dan sesuai menyelesaikannya. Ingat, jangan sebar benda tak pasti okay!

capricepolis diraja malaysiaUstaz Ebit Lew
https://lomp.at/7ra8f
Share57Tweet36SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem