Friday, May 27, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Satu Keaiban Tambah Rumah Anak Yatim”- Fedtri Yahya Kongsi Pengalaman Di Palestin

by Mas Ayu
July 21, 2021
“Satu Keaiban Tambah Rumah Anak Yatim”- Fedtri Yahya Kongsi Pengalaman Di Palestin

Foto - Facebook Fedtri Yahya

Share on Facebook

Isu mengenai pasukan Ustaz Ebit Lew menjalankan misi kemanusiaan di Gaza, semakin lama semakin hangat dibualkan oleh rakyat Malaysia.

Rata-ratanya mempersoalkan adakah bantuan yang diberikan itu benar-benar sampai kepada rakyat di Gaza, atau sebaliknya apatah lagi ramai yang menyentuh isu keadaan dan nasib anak yatim di sana.

Melihat isu anak yatim di Gaza menjadi perbincangan panas rakyat Malaysia, penyampai televisyen tanah air Fedtri Yahya berkongsi pengalaman sewaktu menjalankan rakaman bagi program Jejak Rasul di bumi Palestin dan memberi pencerahan serba sedikit mengenai soal isu anak yatim di Palestin.

Isu Anak Yatim, Isu Sensitif Di Palestin

Dipetik dari laman Twitter Fedtri Yahya, sewaktu sampai di Palestin dahulu mereka memang ingin membina kompleks anak yatim di sana tetapi isu anak yatim sangat sensitif di Palestin.

Foto – Twitter/ Instagram Fedtri Yahya

“Awal-awal ke Palestin dulu, kami beria-ia cadang supaya diwujudkan kompleks anak yatim di sana.

Rupanya isu anak yatim ini sensitif. Tak tahu pula.

Orang disana jelaskan, “persaudaraan kami sangat kuat. Macam adik-beradik. Kalau ada yang yatim, saudara-saudara akan jaga” kongsinya di Twitter

IKLAN

Satu Keaiban Tambah Rumah Anak Yatim

Bukan itu saja, pengacara ini juga berkongsi pandangan masyarakat Palestin mengenai pembinaan rumah anak yatim di sana dianggap mengaibkan mereka.

Foto – Twitter/ Instagram Fedtri Yahya

“Seperti satu ‘keaiban’ jika bertambah rumah anak yatim, seolah-olah saudara-saudara tak ambil peduli.

Baru tahu, lain tempat lain situasi, adat, budaya, sensitiviti. Pengalaman mematangkan, lain negara lain caranya.” tulisnya lagi

Harus Menghormati Permintaan

Pengacara Jejak Rasul ini juga berkongsi pengalamannya sewaktu merakam program berkenaan di Palestin, di mana terdapat video rakaman harus dipadamkan kerana ia seperti mengaibkan masyarakat di sana dan krew harus akur dengan permintaan tersebut.

Foto – Twitter Fedtri Yahya

“Sama macam rakaman (shooting) Jejak Rasul. Visual dah rakam sangat cantik tapi terpaksa padam sebab seperti mengaibkan mereka. Jika di sini, eh apa yang aibnya. Tapi kita harus hormat permintaan..

Kamera dirampas adalah perkara biasa. Sama seperti ditahan SB/mata-mata. Ada harinya 10 kali kena. Masalah timbul bila tak boleh berkomunikasi. Macam ayam-itik” tambahnya lagi

Apa-apa pun jua isu berkaitan misi kemanusiaan di Gaza, pasti mempunyai ‘cerita’ yang tidak diketahui masyarakat umum melainkan hal tersebut dikongsikan oleh mereka yang pernah jejakkan kaki di bumi Palestin itu sendiri.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: Fedri YahyagazaMisi KemanusiaanNadir A-NuripalestinUstaz Ebit Lew
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

‘Jangan Tunding Jari Je’- Muat Naik KPDNHEP Tentang Isu Harga Ayam Undang Kritikan Netizen?
Lokal

‘Jangan Tunding Jari Je’- Muat Naik KPDNHEP Tentang Isu Harga Ayam Undang Kritikan Netizen?

by Mas Ayu
May 27, 2022

Salah satu muat naik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Instagram dan laman Facebook, mencetuskan rasa...

Read more
Harith Iskander Puji DBKL, Kecewa Lihat ‘Teddy Bear’ Besar Jadi Punca Longkang Tersumbat
Lokal

Harith Iskander Puji DBKL, Kecewa Lihat ‘Teddy Bear’ Besar Jadi Punca Longkang Tersumbat

by Naddy Joe
May 27, 2022

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan beberapa orang kakitangan DBKL yang berusaha mengeluarkan anak patung "teddy bear" dari longkang...

Read more
‘Ia Sangat Mengejutkan’- Kerabat Diraja, Tengku Chanela Jamidah Akui Guna ‘Minyak Ganja’ Tapi Dengan Alasan
Lokal

‘Ia Sangat Mengejutkan’- Kerabat Diraja, Tengku Chanela Jamidah Akui Guna ‘Minyak Ganja’ Tapi Dengan Alasan

by Phic Arman
May 27, 2022

Seperti mana yang dimaklumkan oleh media tempatan, Tengku Chanela Jamidah Tengku Abdullah yang dikenali sebagai jurukempen ganja perubatan baru sahaja...

Read more
“Takkan Korang Tak Pernah Buat Silap”- Caprice Komen Isu Video Tular Syafi Tee Bercium Dengan Seorang Wanita
Gossip

“Takkan Korang Tak Pernah Buat Silap”- Caprice Komen Isu Video Tular Syafi Tee Bercium Dengan Seorang Wanita

by Naddy Joe
May 27, 2022

Penyanyi rap dan usahawan, Caprice tampil bersuara selepas diminta oleh pengikutnya untuk memberikan pendapat mengenai isu video tular yang memperlihatkan...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    ‘Lebih Kurang Sama Dengan Gambar Yang Tengah Viral” – Netizen Samakan Sambutan Hari Lahir Anak Jep Dengan Menteri

  3. 3

    Oksana Voevodina Tetap Yakin Anak Lelakinya Ismail Leon Berdarah Campuran Malaysia, Ini Buktinya!

  4. 4

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  5. 5

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera