Monday, July 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Malaysia

Biadab Sungguh! Wanita Ini Tak Selesa Selepas Anggota Keselamatan PPV Johor Cakap Lucah

by Soph Azz
July 21, 2021
Foto - Keyun Jaw (Facebook) / Sinar Harian

Foto - Keyun Jaw (Facebook) / Sinar Harian

108
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau dah nama perempuan, memang tak dinafikan keselamatan mereka tidak akan dijamin 100%. Seperti wanita ini, Jaw Keyun berkongsi satu pengalaman buruknya ketika menghadiri Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima vaksinasinya.

Diganggu Secara Seksual Di PPV

Dedah wanita berumur 32 tahun ini ketika dia berjalan untuk memasuki pintu utama, seorang anggota keselamatan telah meminta untuk melihat MySejahtera dan MyKad yang bertujuan untuk semakan.

Foto – Keyun Jaw (Facebook) / MKN

Selepas menyemak butirannya, anggota keselamatan tersebut telah menggunakan perkataan ‘cucuk’ sebagai pernyataan lucah dan seksual.

Tak Segan Pamer Isyarat Lucah 

Menerusi posting di Facebook, Jaw berkata anggota keselamatan tersebut menunjuk hidungnya dan bertanya sama ada dia pernah cucuk (merujuk pada swab test). Kemudiannya dia membalas tidak kerana tidak pernah melakukannya.

Foto – Keyun Jaw (Facebook)

Kemudian, anggota keselamatan tersebut meneruskan persoalannya dengan menyatakan sama ada Jaw mahu dia mencucuknya atau tidak secara seksual. Pada masa yang sama, Jaw berkata lelaki tersebut telah menunjukkan isyarat tangan yang menggambarkan hubungan seksual.

Ambil Keputusan Untuk Lapor Pada Polis 

Jaw akui ketika itu sekumpulan anggota keselamatan turut mentertawakannya dan memuji penampilannya secara seksual pada hari itu.

Foto – MKN

“Saya tahu dalam Bahasa Melayu perkataan cucuk boleh digunakan dalam ayat yang berbeza untuk menyatakan makna yang berbeza. Tetapi saya berasa sangat tidak selesa dengan jenaka tersebut.”

Tambahnya lagi, ketika itu dia terlambat untuk janji temu vaksin dan tidak sempat melihat nama atau nombor lencana anggota keselamatan yang bertugas.

Wanita itu juga berkata dia telah menceritakan hal itu pada suaminya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Foto – Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah telah mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan siasatan sedang dilakukan di PPV berkenaan.

jaw keyun facebookppv johor bharupusat pemberian vaksin
https://lomp.at/xf5qg
Share43Tweet27SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Malaysia

Tuduh Malaysia Curi Budaya Sukan Pacu Jalur, Media Indonesia Membuat Cerita?

by Arsiqin Yusof
July 9, 2025

Baru-baru ini, isu sensitif melibatkan budaya serumpun kembali hangat apabila media Indonesia mendakwa Malaysia telah "mencuri" budaya sukan tradisional Pacu...

Read more
Malaysia

[VIDEO] “Nenek Cakap Aura Dia…” – Pelancong Asing Terpegun Lihat KLCC

KLCC atau Kuala Lumpur City Centre (KLCC) merupakan kawasan pembangunan ikonik yang menjadi simbol kemodenan dan kemajuan ibu negara Malaysia....

Read more
by Arsiqin Yusof
July 8, 2025
Malaysia

[VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Satu perkongsian video yang tular di Instagram telah mencuri perhatian ramai apabila seorang pelajar Indonesia berkongsi pengalamannya tentang perbezaan tahap...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 3, 2025
Dunia

[VIDEO] Ramai Sangka Dari Qatar, Bangunan PNB 118 Rupanya Dah Mendunia!

Dalam era media sosial kini, sebuah video TikTok oleh pengguna @hannahrosfx telah mencetuskan kekeliruan apabila ramai menyangka bangunan ikonik Malaysia,...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 4, 2025
Foto - Pinterest / @younnnnn35 (TikTok)
Budaya

[VIDEO] Terima Kad Raya Daripada Tengku Hassanal, Wanita Ini Kongsi Caranya…

Walaupun sekarang ini ramai yang lebih memilih untuk mengutuskan ucapan Selamat Hari Raya secara atas talian, tetapi tidak bagi sesetengah...

Read more
by Soph Azz
April 8, 2025
Budaya

Bahasa Gen Z Makin Pelik: Evolusi atau Kemerosotan?

Dalam era digital yang semakin berkembang, bahasa yang digunakan oleh Generasi Z (Gen Z) mengalami perubahan yang ketara. Perkataan dan...

Read more
by Arsiqin Yusof
March 31, 2025
Budaya

Meriah Betul Di Melawati Mall Meraikan CNY Tahun Ini, Pelbagai Aktiviti & Hadiah Menarik

Tahun Baru Cina kali ini bakal jadi lebih meriah dan berwarna-warni di Melawati Mall! Tahun Ular ini, pusat beli-belah kegemaran...

Read more
by Phic ARMAN
January 20, 2025
Budaya

Nikmati Keajaiban Salji di Spritzer EcoPark Festive Wonder Carnival 2024

Sempena musim perayaan ini, Spritzer EcoPark mengundang semua pengunjung dari pelbagai peringkat umur untuk merasai keajaiban musim sejuk di kawasan...

Read more
by Aphit J.
December 28, 2024
Budaya

Impian Sambutan Krismas Ala Eropah Menanti di Suria KLCC

Suria KLCC, destinasi membeli-belah ikonik di Malaysia, menyajikan pengalaman perayaan yang luar biasa dengan ‘European Christmas Village’ dari 22 November...

Read more
by Aphit J.
December 7, 2024
Budaya

Nama UPM Kekal, Sultan Selangor Tidak Berkenan Pertukaran Nama Kepada Pertanian

Sebelum ini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, ada menyuarakan cadangan untuk menukar semula nama Universiti Putra...

Read more
by Aphit J.
December 1, 2024
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem