Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Saya Boleh Jawab Tuduhan Itu Semua Sekelip Mata’- Akhirnya Ebit Lew Buka Mulut Selepas Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
July 21, 2021
74
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sebentar tadi memaklum bahawa dia akan menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadapnya melalui siaran langsung pada jam 12 tengah hari esok.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sementara itu, menerusi tembualnya bersama Astro Awani, Ebit telahpun membuat laporan polis terhadap tuduhan dan fitnah tersebut. Mengulas tentang laporan polis yang dibuat, Ebit berkata tindakannya ini demi isteri dan anak-anak.

“Semenjak saya di Mesir lagi, macam-macam tekanan yang datang. Kalau orang bercakap sesuatu kepada saya dan saya balas, mungkin akan menjadi-jadi. Saya memang memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap apa-apa.”

“Tapi sejak akhir-akhir ini, macam-macam dah berlaku. Daripada sesi siarang langsung Caprice tempoh hari, kemudian hari ini, pendedahan Nadir Al-Nuri, terus viral tentang diri saya.”- katanya kepada media di perkarangan IPD Dang Wangi petang tadi.

Ebit menambah, dia tidak melenting jika orang bercakap buruk mengenaik dirinya kerana sudah biasa dari usia muda. Namun hatinya mula tersentuh setelah melihat anak dan isterinya menangis memikirkan tentang tuduhan-tuduhan ini.

“Sebenarnya kalau mengenai saya, saya ok jer, saya dah biaslah dah sejak kecil memang macam ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis, isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah.”

Saya boleh jawab itu semua sekelip mata

Menurut Ebit, dia boleh menjawab segala tuduhan ini dengan sekelip mata kerana dia tahu semuanya tidak betul.

“Kalau boleh saya tak mahu balas, atau keluarkan satu kenyataan pun daripada apa orang kata pada saya. Tapi hari ini saya ke balai polis untuk membuat laporan kerana hal ini telah menganggu perasaan keluarga dan tim saya sekali. Jadi saya buat aduan ini untuk menafikan dakwaanini  tidak benar. Ia benar-benar fitnah semata-mata. Saya boleh jawab itu semua sekelip mata.”

“Selebihnya, segala tuduhan terhadap saya, saya akan serahkan kepada peguam untuk uruskan. Insyallah dalam masa terdekat ini saya maklumkan hal-hal yang lain.”- ujarnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/hvcxr
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem