• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

7 Prinsip Hidup Sederhana Warren Buffet, Orang Terkaya Yang Membeli Kereta Pada Waktu Jualan Murah

by Jash Lee
July 24, 2021
Share on Facebook

Warren Buffet adalah salah satu nama orang terkaya di dunia, namun terkenal dengan gaya hidupnya yang sangat bersederhana.  Dia merupakan seorang ahli perniagaan dan pelabur. Walaupun duit tidak menjadi satu masalah untuknya, namun dia masih membeli kereta dengan harga yang murah dan masih tinggal di rumah lama sebelum dia menjadi jutawan. Berikut kami kongsikan dengan pembaca antara tujuh prinsip hidupnya yang mungkin boleh menjadi insiprasi buat semua. Jom kita tengok!

1. Warren Buffet Masih Tinggal Di Rumah Lama

Kebiasaannya orang yang kaya raya akan memilih untuk tinggal di rumah yang mewah kerana mereka mampu untuk memilikinya. Tetapi tidak kepada Warren Buffet, dia masih tinggal di rumah lama yang dibelinya pada tahun 1958. Bahkan, dia mengakui yang tidak akan menjual atau menukar harta benda yang padanya sangat bersejarah. Hidup dengan bersederhana dan tidak membazir adalah salah satu prinsip hidupnya.

2. Tidak Menunjukkan Barang-Barang Mahal

Walaupun Warren Buffet adalah seorang jutawan, dia tetap menikmati barang-barang yang lebih murah dan cara hidup yang sederhana seperti sarapannya hanya burger, makanan ringan atau biskut. Dia juga tidak suka menunjukkan kekayaannya contohnya seperti kereta lamanya, dia langsung tidak kisah kerana padanya asalkan ia masih berfungsi dengan baik dan dia juga jarang menggunakannya. Begitu juga dengan pakaian, dari memakai pakaian yang berjenama, dia lebih selesa memakai pakaian dari tukang jahit biasa yang bernama Puan Li.

via CNN

3. Belanja Kawan-Kawan Tetapi Jangan Berlebihan

Warren Buffet juga adalah orang yang sangat mengutamakan perhubungan berbanding perkara lain. Sahabat kepada Bill Gates ini selalu berbuat baik kepada rakannya tetapi tidak berlebih-lebih. Padanya, dalam berkawan, kita tidak perlu membelanjakan hadiah yang mahal, cukup sekadar menjemputnya dari lapangan terbang, saling menghubungi dan berkongsi berita melalui emel.

4. Beli ‘Handphone’ Baru Bila Perlu

Dilaporkan bahawa Warren Buffet telah lama menggunakan telefon bimbit jenama ‘Nokia’ sewaktu mula ia diperkenalkan. Tetapi kini dia menggunakan Iphone 11 kerana telefon lamanya telah hilang. Lelaki yang berusia 90 tahun ini, tidak akan membeli telefon bimbit yang baru kecuali jika ianya benar-benar memerlukan.

5. Sentiasa Mempunyai Kaedah Menjimatkan Wang

Bill Gates pernah menulis bahawa Warren Buffet pernah membayar makanan dengan menggunakan kupon.  Dia ada cara tersendiri untuk memanfaatkan apa yang dimilikinya.

6. Jangan Berhutang Jika Tidak Mendatangkan Keuntungan 

Kebanyakan orang akan menggunakan kad kredit untuk membeli barang kerana ia seperti ‘beli dahulu, bayar kemudian’. Tetapi tidak kepada Warren Buffet dan dia hanya membeli barangan yang akan menguntungkan masa depan dan dengan kata lain jangan beli barang yang tidak berguna dengan harga yang terlalu mahal dan perlu berhutang jika ianya bukan untuk pelaburan masa depan.

7. Selalu Berkongsi

Prinsip Warren Buffet yang semua orang boleh contohi adalah dia selalu berkongsi apa yang dimilikinya. Bersama dengan Bill Gates, dia adalah co-founder untuk ‘Giving Pledge’, iaitu sebuah gerakan untuk menyumbangkan separuh daripada kekayaannya untuk kerja amal.

warrenbuffet
https://lomp.at/1dmb3
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  3. 3

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  4. 4

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

  5. 5

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore