Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Ko Ni Patut Step Down Dah” – Kecewa Kes Meningkat, Lana Nordin Mahu DG Hisham Letak Jawatan

"Hebat lakonan. Kalah drama Melayu dekat Samarinda. Hebat KKM. Tahniah la DG" kata Lana

by Khai Azfar
July 26, 2021
Share on Facebook

Perkongsian pelakon Lana Nordin di laman Insta-story nya pada Ahad tular di media sosial apabila tangkap layar perkongsian itu mendapat kecaman daripada orang ramai.

Mahu DG Hisham Letak Jawatan 

Berikutan kecewa dengan peningkatan kes yang mendadak terutamanya selepas negara mencatatkan angka jangkitan wabak COVID-19 tertinggi sebanyak 17,045 dan jumlah keseluruhan sudah melebihi 1 juta kes, Lana berkata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau juga dikenali sebagai DG Hisham seharusnya meletak jawatan serta merta.

Malah pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu turut menyifatkan bahawa foto Hisham yang sempat diambil oleh pihak media berada dalam keadaan sedih sebelum ini hanyalah lakonan semata-mata.

“Hebat lakonan. Kalah drama Melayu dekat Samarinda. Hebat KKM. Tahniah la DG (Hisham)..Ko ni patut stepdown dah. Tak habis-habis buat muka kesian and nangis penat tapi semua itu ko berlakon sahaja!!

“Sedih rakyat Malaysia kononnya kata ko itu sangatlah prihatin pada rakyat. Padahal apa jad*h ini? #StepdownDG #KerajaanKoyak #KerajaanGagal” tulis Lana bersama hantaran sebuah video

Persoal SOP 

Bagaimanapun, selepas mendapat pelbagai kiriman mesej yang mengecam nya mengenai hantaran tersebut, Lana memadamnya tidak lama kemudian sebelum tampil menjelaskan lebih lanjut. Menerusi beberapa hantaran, pemilik nama sebenar Mazlina Hasan Nordin ini mendedahkan foto Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu tidak memakai topeng pelitup muka ketika berada di pejabat Menteri Kesihatan.

Malah Lana turut mempersoalkan dimanakah standard operasi prosedur (SOP) yang sepatutnya diamalkan oleh orang ramai termasuk Hisham.

Dalam pada itu, Lana menegaskan video yang dikongsikannya sebelum ini adalah sebagai satu kesedaran buat orang ramai untuk terus menjaga SOP. Menerusi video itu, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju hitam sedang membuat pemeriksaan ke atas jenazah COVID-19 di sebuah lokasi tanpa memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE).

"Kalau Kena Kat Darah Daging Aku..."- Lana Nordin Kecewa Dengan Pembunuh
Dr Noor Hisham Abdullahlana nordin
https://lomp.at/kk02j
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara