Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Oppa’ Jadi Buruan Netizen China, Ini 4 Fakta Tentang Welson Sim Yang Patut Kamu Tahu!

by Soph Azz
July 26, 2021
Foto - @welsonsim (Instagram)

Foto - @welsonsim (Instagram)

59
KONGSIAN
Share on Facebook

Tutup separuh wajah dengan mask pun orang boleh agak betapa tampannya ‘oppa’ dari Malaysia ini. Kalau kamu nak tahu, individu tersebut ialah Welson Sim iaitu atlet perenang Malaysia.

Penampilan Welson yang tampan dan menarik itu dikatakan telah menarik perhatian orang ramai terutamanya netizen di China semasa upacara perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Viral Di Weibo 

Menerusi media sosial Weibo, rata-rata netizen China mula berkongsi gambar Welson. Kebanyakan netizen berpendapat atlet perenang ini memiliki wajah yang sangat tampan walaupun wajahnya ditutup dengan mask.

Foto – Weibo
Foto – Weibo
Foto – Weibo

4 Fakta Menarik Tentang Welson Sim

Selain memiliki wajah yang tampan, Murai MY mahu berkongsi serba sedikit mengenai fakta tentang Welson Sim. Yang pasti kebanyakan dari kamu tidak mengetahui tentang fakta ini!

#1 Ibu Sumber Kejayaannya

Dedah atlet perenang negara ini, ibunya merupakan sumber kejayaannya sepanjang karier sebagai perenang. Ibunya akan menunggunya semasa latihan yang bermula pada pukul 5:30 pagi. Disebabkan oleh sokongan ibu dan ahli keluarganya, dia berjaya sampai ke tahap ini.

Foto – @welsonsim (Instagram)

#2 Sangat Menyukai Motorsikal 

Selain berenang, Welson juga mempunyai hobi menunggang motorsikal. Pada bulan Oktober 2020, Welson telah mengalami kemalangan motor yang mencederakan pergelangan tangannya sehingga perlu menjalani pembedahan.

Foto – @welsonsim (Instagram/Facebook)

Walaupun mengalami kesakitan ketika latihan, semangatnya tidak pernah luntur dan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik semasa pertandingan.

#3 Berenang Untuk Atasi Masalah Asma 

Ketika berusia 10 tahun, Welson mula menjadikan berenang sebagai hobinya. Pada sebelum itu, dia menghidapi masalah asma yang teruk dan seseorang memberitahu ibunya, berenang boleh mengatasi masalah asma.

Foto – @welsonsim (Instagram)

Setelah berusia 12 tahun, Welson menukarkan hobinya kepada impian untuk menjadi seorang perenang profesional. Dengan sifatnya yang kompetitif, dia berjaya memasuki pasukan renang negeri Sarawak.

#4 Perenang Pertama Yang Layak Untuk 2 Acara Olimpik

Memiliki pelbagai pingat dan gelaran, Welson pada sebelum ini merupakan perenang Malaysia pertama yang layak untuk memasuki 2 acara semasa Olimpik.

Foto – @welsonsim (Instagram)

Dipetik daripada SAYS, dia menjadi atlet pertama yang layak memasuki 2 acara di bawah kategori A. Pada masa yang sama, Welson berjaya meraih 2 pingat emas dan perak di Sukan Asia Tenggara (SEA) dan Sukan Belia Komanwel.

Jadi kamu setuju tak dengan netizen China bahawa atlet perenang kelahiran Sarawak ini memang tampan?

welson sim
https://lomp.at/o607h
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem