Tiada siapa sangka Filipina bakal mendapat pingat emas sejak pertama kali menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1924. Keajaiban itu berlaku setelah atlet Filipina, Hidilyn Diaz memenangi tempat pertama dalam acara Angkat Berat Wanita 55kg pada tahun ini.
Hidilyn Diaz Tetapkan Rekod Baru
Menurut laporan oleh Agence France-Presse (AFP), Hidilyn telah memecahkan rekod dunia. Jika sebelum ini, rekod dunia telah ditetapkan oleh Liao Quiyun dari China dengan berat bersih 97kg, 124kg dan 127kg dalam tiga percubaan serentak.
“Saya akan makan banyak malam ini memandangkan saya telah mengorbankan makanan saya. Inilah masanya untuk meraikan bersama orang-orang yang sentiasa menyokong saya”, ujarnya.
Ketika menjalani latihan bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020, Hidilyn mendedahkan dia terpaksa menahan nafsu makan bagi mempersiapkan fizikal dan mental.
Terperangkap Di Malaysia Hampir 2 Tahun
Dipetik dari SAYS, Hidilyn dan pasukannya mengunjungi Malaysia kerana mahu memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada latihan. Tetapi disebabkan oleh sekatan COVID-19, mereka terpaksa tinggal di sebuah kompleks pangsapuri di Kuala Lumpur.
Foto – UtusanTetapi mereka mula berpindah ke sebuah perkampungan di Jasin, Melaka kerana bimbang lantai keramik di pangsapuri pecah ketika melakukan latihan. Di Jasin, mereka tinggal di rumah seorang pegawai angkat besi Malaysia.
‘Port’ Belakang Rumah Jadi Tempat Latihan
Hidilyn berkata mereka tidak boleh menggunakan gim berdekatan dan terpaksa menggunakan tempat letak kereta di belakang rumah tersebut untuk berlatih.
Walaupun dia mendedahkan cuaca Malaysia sangat panas, tetapi semua usahanya tidak sia-sia kerana dia memenangi pingat emas yang pertama untuk Filipina.
“Saya sangat bersyukur dapat pulang dan meraikan kemenangan ini bersama keluarga dan mereka yang menyokong saya.
Saya bersyukur kerana Tuhan menggunakan saya untuk memberi inspirasi kepada semua generasi muda dan seluruh rakyat Filipina untuk terus berjuang sepanjang wabak ini”, kongsi Hidilyn.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.