Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura, Kes Tudung Akan Dibicarakan Penuh

by Puteri Alia
November 13, 2025
1.5k
KONGSIAN
Share on Facebook

Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan penghakiman terus dalam kes saman bernilai RM1 juta yang difailkan oleh syarikat pengeluar tudung, Obor Holding Sdn. Bhd terhadap syarikat milik selebriti terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, iaitu Pink Fate Sdn. Bhd. Keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Shoba Rajah a/p Dorai Rajah, yang memutuskan bahawa kes tersebut wajar dibawa ke perbicaraan penuh selepas mendapati pihak defendan mempunyai pembelaan bermerit dan isu berbangkit yang memerlukan penjelasan lanjut di mahkamah.

Peguam mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan, ketika dihubungi mengesahkan keputusan itu sambil menyatakan bahawa pihaknya menyambut baik pendirian mahkamah yang menilai kes ini dengan teliti. Menurut beliau, mahkamah berpandangan kes tersebut bukan bersifat mudah atau jelas menunjukkan kewujudan hutang seperti didakwa oleh pihak plaintif. Sebaliknya, terdapat persoalan fakta dan undang-undang yang perlu diperjelas melalui perbicaraan penuh.

Fakhrul menjelaskan bahawa permohonan itu sebelum ini difailkan di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, yang membolehkan sesuatu pihak mendapatkan penghakiman terus tanpa perlu melalui proses perbicaraan jika tiada pembelaan bermerit. Namun, mahkamah menolak permohonan berkenaan selepas bersetuju bahawa terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan secara mendalam dan tidak boleh diputuskan berdasarkan dokumen semata-mata.

Difahamkan, permohonan tersebut hanya melibatkan Pink Fate Sdn. Bhd., manakala dua lagi defendan dalam saman asal, iaitu Fazfit Sdn. Bhd. dan Fazura sendiri, tidak termasuk dalam permohonan itu. Obor Holding pada April lalu memfailkan saman berjumlah RM4.65 juta terhadap ketiga-tiga defendan berkaitan isu perjanjian perniagaan tudung di bawah jenama Fazura.

Topik Berkaitan Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- "Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk"

Setakat ini, kedua-dua pihak belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan mahkamah itu, dan perbicaraan penuh dijangka menjadi tumpuan bagi menjelaskan isu sebenar di sebalik pertikaian perniagaan yang melibatkan nama besar dalam industri fesyen tempatan itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fazura
Share588Tweet368SendShare

KINI TRENDING

Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Dead-End Job
Spotlight

Drama Netflix “Dead-End Job”, Berbaloi Untuk Strim Atau Skip?

by Nurul A.
November 3, 2026

Mencari pekerjaan yang bergaji lumayan sememangnya sukar. Bayangkan bil terus menimbun dan hutang semakin 'membukit', ia boleh membuatkan kamu rasa...

Read moreDetails
Anak tiri Raja Norway
Spotlight

Rogol & Serang Bekas Kekasih, Anak Tiri Raja Norway Kini Jalani Tahanan

by Nurul A.
October 6, 2026

Anak tiri Raja Norway, Marius Borg Høiby masih belum dipenjarakan walaupun telah dijatuhkan hukuman empat tahun atas kesalahan merogol dan...

Read moreDetails
Foto - @soganzi_51 (IG)
Spotlight

Bukan Hadiah Biasa, So Ji Sub ‘Belanja’ Peminat Taiwan Jongkong Emas!

by Nurul A.
November 11, 2026

Aktor popular Korea Selatan, So Ji Sub telah mengejutkan orang ramai dengan sikap murah hatinya. Dia bukan sahaja menghadiahkan kakitangan...

Read moreDetails
Spotlight

Dato’ Fazley Dedah ‘Match Maker’ Di Sebalik Hubungannya Dengan Datuk Seri Vida

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Siapa sangka, usikan anak-anak boleh menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan istimewa? Itulah yang berlaku kepada penyanyi dan cef selebriti,...

Read moreDetails
Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Bapa Terpalit Isu P*rnografi Kanak-Kanak, Meghan Markle Dakwa Tahu Sejak 2018

by Nurul A.
October 26, 2026

Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara