Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Carl Samsudin Teruk Dimaki Netizen, Isteri & Ibu Tampil Pertahan Tindakan Tegur Warga Emas

Khatijah menjelaskan yang dilakukan oleh anaknya merupakan sebahagian daripada kerja kebajikan yang diwarisi

by Khai Azfar
July 29, 2021
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama usahawan Carl Samsudin sekali lagi hangat diperkatakan berikutan tularnya sebuah video kononnya menasihati seorang warga emas dengan nada yang biadap sekali gus mencetuskan kemarahan netizen di media sosial.

Isteri & Ibu Tampil Pertahan Carl 

Susulan itu, isteri dan ibunya tampil mempertahankan tindakan Carl atau nama sebenarnya Muhammad Khalif Samsudin. Menurut isterinya yang  juga pengasas jenama busana Muslimah Bella Ammara, Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Shah atau juga dikenali sebagai Belle menerusi hantaran IG Story nya menyifatkan bahawa apa yang berlaku merupakan sebahagian daripada ujian di dunia.

“Biasalah dunia memang tempat ujian. Sabar sajalah. Mungkin ada pahala sikit yang boleh dapat dari bersabar ni.Kita semua sedang diuji. Apa pun Allah lebih mengetahui segalaNya” tulis Belle

Sementara itu,  ibu Carl yang dikenali sebagai Khatijah Abdullah menjelaskan bahawa apa yang dilakukan oleh anaknya merupakan sebahagian daripada kerja kebajikan yang diwarisi daripadanya.

“Alhamdullilah anakanda saya @carlsamsudin dan teamnya mewarisi kerjaya saya dalam bidang kebajikan. Rumah menempatkan gelandangan di Kuala Lumpur ini dinamakan Anjung Singgah dan dibina oleh Yayasan Kebajikan Negara @yayasankebajikannegara. Semasa saya bertugas sebagai Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur pada tahun 2014, Pusat menempatkan Gelandangan ini baru mula beroperasi dan ada antara gelandangan yang kami laksanakan operasi gelandangan ditempatkan di sini.

Selepas saya bersara, saya selalu impikan anak2 saya @shasharenasamsudin@sheilasamsudin @rubysamsudin dan @carlsamsudin meneruskan legasi kerja kebajikan yg saya mulakan dalam keluarga since 1995 apabila saya berkhidmat dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat” tulis Khatijah

Dedah Khatijah, dia akui berasa terkilan kerana terdapat sesetengah pihak yang menunjukkan sisi negatif kerja amal tersebut sedangkan ia merupakan program keusahawanan dan motivasi bagi sebahagian gelandangan di sebuah pusat gelandangan di ibu negara. 

“Ini adalah sedutan video anak saya @carlsamsudin dan teamnya melaksanakan program keusahawanan dan motivasi bagi sebahagian gelandangan di Anjung Singgah Kuala Lumpur. Sayangnya hanya dipilih sedutan yg melihat dari perspective negative sahaja untuk diviralkan oleh @jofliam@vocket@jabatannetizennegara20 . Apa tujuan mereka? Hanya yang mahu dan memilih untuk berfikir secara sihat dan terbuka sahaja yg mampu mendapat jawapan yg tepat. Stay safe dan teruskan legasi mak untuk buat kebajikan anakanda semua ” katanya lagi 

View this post on Instagram

A post shared by Khatijah Abdullah (@khatijahabdullah)

Carl Dikompaun RM1,500

Dalam perkembangan berkaitan, Carl turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan tidak memakai topeng pelitup muka ketika menyampaikan ceramah di pusat gelandangan tersebut.

“Berdasarkan kepada siasatan yang dijalankan, didapati kejadian tersebut berlaku pada 27 Julai 2021 pukul 11.30 pagi sewaktu individu tersebut sedang menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan di pusat transit tersebut.

“Pada 28 Julai 2021 pukul 5.20 petang individu dalam video tersebut telah dipanggil ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan insiden di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Jalan Pahang,”  Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah

Terdahulu, Murai.my melaporkan tular video mengenai Carl yang dikatakan dimuat naik sendiri olehnya di Insta Stories sebelum dipadam. Namun,  video berkenaan sempat disimpan oleh pengikutnya.

bella ammarabelle alyahyacarl samsudin
https://lomp.at/9lsxy
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara