Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Permohonan Maaf Carl Samsudin Dikecam Netizen, Rupanya Ini Penyebabnya…

by Soph Azz
July 29, 2021
Foto - Twitter

Foto - Twitter

306
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam tular video pengasas butik, Carl Samsudin yang dikatakan bertindak biadap dengan memalukan seorang lelaki tua di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL). Carl yang menerima kecaman netizen mula memuat naik permohonan maaf di media sosial.

Minta Maaf, Tiada Niat Mahu Biadap

Di Twitter, Murai MY melihat Carl Samsudin memuat naik permohonan maafnya dengan menjelaskan serba sedikit mengenai apa yang berlaku. Ujarnya dia hanya mahu membantu mereka yang memerlukan.

Foto – Twitter

“Saya tidak pernah berniat ingin menghina sesiapa terutamanya uncle tersebut. Selama saya hidup, tidak pernah saya berlaku biadap kepada sesiapa terutamanya warga tua, saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan”, katanya.

Tambahnya, dia meminta maaf jika video pendek yang dikongsinya itu menimbulkan rasa kurang senang kepada orang ramai yang melihatnya. Akui Carl, dia juga berusaha untuk memohon maaf terhadap lelaki tua tersebut dalam masa terdekat.

Foto – Twitter

“Jika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan uncle tersebut, saya betul-betul mohon maaf atas ketidak beradap saya. Saya akan berjumpa uncle tersebut sekali lagi untuk mohon maaf dan perbetulkan kesilapan saya”, dedah Carl.

2 Penyebab Kenapa Netizen Jadi Bengang 

Melihatkan permohonan maaf dari Carl, netizen mula mengecam tindakannya kerana terdapat posting menunjukkan ianya atas alasan marketing.

Foto – Twitter

Menerusi screenshot WhatsApp yang dikongsi netizen, video yang viral tersebut bakal menaikkan perniagaan Carl dan isterinya iaitu Appecut Royal yang merupakan sejenis suplement.

Foto – Twitter

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya netizen-netizen ini dah membantu kita naikkan nama appecut. So bertahan, kemenangan pasti akan jadi milik kita. Percayalah selepas hari ini, sale kita semua akan laju.”

Selain itu, netizen menjadi marah terhadap Carl gara-gara dia berkongsi posting dengan mahu netizen mengundi sama ada dia perlu lakukan permohonan maaf menerusi IGLive atau secara berdepan terhadap lelaki tua itu.

Foto – Twitter

“Tak salah nak minta maaf, tapi kenapa suruh orang pilih ni?”, ciap pengguna Twitter.

bella ammaracarl samsudin
https://lomp.at/l2pbc
Share122Tweet77SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem