Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Fara Mendoza Cabar ‘Fake Account’ Carl Samsudin Teruskan Saman

Video yang tular itu turut memberi kesan buat Fara Mendoza

by Khai Azfar
July 30, 2021
Share on Facebook

Ketika isu mengenai usahawan yang juga pensohor media sosial, Carl Samsudin hangat diperkatakan, ramai selebriti turut mengecam tindakannya yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti masyarakat selepas dia dilihat menegur seorang warga emas dengan nada yang kurang sopan.

Fara Mendoza Sifatkan Carl Seperti Tidak Beradab

Tidak terkecuali, video yang tular itu turut memberi kesan buat pelakon Fara Mendoza yang akui berasa kasihan melihat keadaan warga emas tersebut.

Geram dengan tindakan Carl, Fara yang juga merupakan seorang usahawan menyifatkan perbuatannya itu seperti tidak mempunyai adab. Malah, pelakon Raisha 2 ini meminta Carl untuk berhenti menuduh orang lain kononnya terdapat dakwaan ada pihak yang cuba menjatuhkannya.

‘Carl’ Mahu Saman Fara 

Susulan itu, sebuah akaun Instagram yang didaftarkan atas nama @carlsamsuddiinn telah mengulang siar hantaran Fara di laman Insta story nya dengan mendakwa akan menyaman malu selebriti itu.

“My lawyer will take an action! Jumpa di mahkamah!”

“Jumpa di mahkamah @fara_mendoza . Saya file saman malu” tulis pengendali akaun tersebut

Dalam perkembangan berkaitan, Fara mencabar ‘Carl’ untuk menyamannya sebelum mengetahui bahawa akaun tersebut merupakan akaun palsu yang mempunyai nama yang hampir sama dengan usahawan tersebut.

Menerusi carian Murai.my turut mendapati akaun @carlsamsuddiinn baru sahaja diwujudkan pada Selasa selepas tularnya isu berkenaan. Murai.my sebelum ini melaporkan Carl telah pun bertemu secara empat mata dengan seorang gelandangan warga emas yang dikenali sebagai Abdul Hadi pada petang Khamis.Pertemua tersebut difahamkan bagi memohon maaf serta menjelaskan perkara yang sebenar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
carl samsudinfara mendoza
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara