Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

“OMG Azreen Nabila!”- Yuna Kagum & Titip Ucapan Buat Atlet Lumba Lari Malaysia

by Puteri Alia
July 30, 2021
Foto - Instagram @yuna/Twitter NOC Malaysia

Foto - Instagram @yuna/Twitter NOC Malaysia

Share on Facebook

Tular di media sosial penyanyi Yuna berkongsi kata-kata semangat dan rasa kagum terhadap atlet lari pecut negara Azreen Nabila yang bertanding bagi kategori 100 meter wanita di Olimpik 2020.

Yuna Kagum Azreen Pecah Rekod Peribadi Di Olimpik

Meski Azreen Nabila tidak berjaya keperingkat separuh akhir dan merebut pingat untuk negara, namun atlet muda ini memukau mata dunia dengan memecahkan rekod peribadi di pentas Olimpik.

Malah penyanyi terkenal tanah air Yuna juga menyatakan rasa kagum terhadap pencapaian atlet muda tersebut, dan menyatakan ia satu permulaan yang baik bagi atlet tersebut.

Foto – Twitter Yuna

“Woo!!! OMG Azreen Nabila lakukan terbaik bagi rekod peribadi pagi ini untuk wanita 100 meter”

“Sangat berbangga melihat orang kita berlari di Olimpik. Untuk berlari bersama atlet terbaik dunia. Kamu adalah world class Azreen Nabila!

Jangan berhenti apa yang kamu lakukan. Saya rasa tak sabar nak melihat sejauh mana kamu membesar dari sini. Ini merupakan permulaan yang hebat! Tahniah!” ciap Yuna

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan NOC Malaysia di laman Twitternya, Azreen berjaya memecah rekod sebanyak 11.77 saat dan berada di tangga ketujuh bagi acara 100 meter wanita.

Foto – Twitter NOC Malaysia

Netizen Bangga Dengan Pencapaian Azreen

Bukan artis saja rasa bangga melihat pencapaian Azreen Nabila, rakyat Malaysia juga berasa bangga dengan atlet muda ini. Apatah lagi, usianya yang baru 21 tahun berjaya melayakkan diri untuk bertanding di sukan Olimpik dunia ini.

Foto – Twitter

“Dia debut Olimpik pertama pada usia 21 tahun. Dia tidak berjaya keperingkat separuh akhir tetapi dia mampu berlari bersama pelumba lari terbaik dunia. Dari Malaysia guys, power. Bangga dengan kamu Azreen Nabila!!! Masa depan cerah!!!” ciap pengguna pertama

“Kamu bangga denga kamu Azreen Nabil!” ciap pengguna kedua

Foto – Twitter

“Anak Terengganu di mata dunia. Tahniah Azreen Nabila” ciap pengguna ketiga

“Larian yang bagus Azreen Nabila” ciap pengguna keempat

Murai MY juga ingin mengucapkan tahniah buat Azreen Nabila dan cuba yang terbaik untuk pentas Olimpik yang seterusnya.

Jejak Yuna: Dari MySpace ke Billboard, Ini 5 Detik Yang Membina Legasinya
atletAzreen Nabilaolimpik tokyo 2020Yuna
https://lomp.at/co29f
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara