Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Jom Intai 5 Tempat Menarik Di Selangor Yang Menjadi Lokasi Pengambaran Filem

by Aphit J.
August 1, 2021
via Happy Fresh

via Happy Fresh

52
KONGSIAN
Share on Facebook

Destinasi di Negeri Selangor begitu indah sehingga sebahagiannya dijadikan lokasi penggambaran filem-filem tempatan dan antarabangsa. Menurut Tourism Selangor, berikut adalah 5 lokasi yang menjadi pilihan para pengarah samada di dalam mahupun di luar negara.

Palace of the Golden Horses – Hum Kisise Kum Nahin

via Cinestaan

Filem aksi Hindi yang dibintangi oleh pelakon Bollywood kelas dunia; Amitabh Bachchan, Aishwarya Rai dan ramai lagi ini telah dirakamkan di Palace of the Golden Horses. Ianya adalah hotel yang berkonsepkan istana mewah yang terletak di Sri Kembangan, Selangor.

Hatter’s Castle, Pulau Carey – The Garden of Evening Mists

via Visit Selangor

Pulau Carey ditunjukkan dalam filem ini melalui Hatters Castle, iaitu tempat tinggal bagi Magnus Gemmel, salah satu watak dalam filem itu. Hatter’s Castle pernah menjadi stesen bukit semasa era penjajahan British yang dibina pada tahun 1920-an tetapi sekarang ia merupakan rumah rehat untuk pekerja Sime Darby Plantation Berhad.

Sekinchan – Mukhsin

via Happy Fresh

Siapa yang tidak kenal dengan pengarah filem Malaysia yang popular, Yasmin Ahmad yang telah mengarah rantaian filem tempatan yang disukai oleh ramai penggemar filem tempatan.

Kisah itu mengambil tempat di Pekan Sekinchan, Selangor. Beberapa bahagian dalam filem juga memaparkan Orked dan Mukhsin bermain permainan tradisional bersama rakan-rakan mereka di kawasan sawah padi Sekinchan.

Pulau Ketam, Selangor – Paint My Love

via Blogfu

Penggambaran filem ini telah dibuat di sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di Sungai Lima, Pulau Ketam, Pelabuhan Klang dengan menunjukkan rumah-rumah kayu di atas tanah lumpur yang surut yang dibina sendiri oleh masyarakat tempatan.

Menurut Tourism Selangor, filem ini juga memaparkan produk ikonik Pulau Ketam iaitu udang kering.

Pulau Indah, Klang – Puteri Gunung Ledang

via Media2u

Filem adaptasi legenda tempatan, Puteri Gunung Ledang yang dikeluarkan pada tahun 2004 telah dirakamkan di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Kawasan perkampungan abad ke-15 yang ditayangkan di dalam filem itu telah dibina di Pulau Indah, Klang.

Jadi sudahkah anda bersedia untuk ‘menerokai’ tempat-tempat luar biasa di Negeri Selangor melalui filem-filem yang disenaraikan ini? Tunggu sedikit sahaja lagi, waktunya akan tiba dan tidak lama lagi anda boleh mengemas barang dan pergi sendiri ke tempat-tempat ini yang ditampilkan ini! – #ImagineNowExperienceSoon!

Hum Kisise Kum NahinMukhsinPaint My LovePulau KetamPuteri Gunung LedangSekinchan
https://lomp.at/0x10d
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem